hehehe.... biasa la hujung2 ni org sibuk nak buat persiapan raya. Biskut? sedih sebenarnya sbb thn ni tempah aje.... mmg teringin sangat nak buat sendiri.. mengenangkan.... tak dan sat aku buat... si Hannah dah merengek2 suh dukung....nak join.... tu yg tangguhkan niat tu. Hakimi ok la.. dah besar.. dah faham dah.... tapi tgk la.... next week kalau dtg mood rajin tu.
baju raya? mine- dah siap.... hubby n anak2.... insyaAllah next week boleh ambik dah.
Esok hubby ajak pi Jusco .. dia nak cari t-shirt berkolar... dah jadi bapak org ni pakai baju berkolar nampak la kebapaan sket kot. Pas tu katanya nak cari tali pinggang.
Ingat nak cari bekas kuih..... yg kat umah tu kecik sangat la. Hajat di hati nak beli yg jenama Tupperware punya. Tapi regenya menyesakkan jiwa....
Isnin depan ada majlis berbuka puasa dept aku. Selasa depan dept. hubby lak.
Kami la ni makin hari bgn sahur makin lewat. Awal2 dulu pukul 5 je dah bgn siap2 kan mknn utk sahur. La ni Kol 5 jam bunyi boleh ye aku kejutkan hubby suh turun dulu buat apa yg patut... Kol 5.20 baru la aku terhegeh2 turun.....
Kami sahur simple je... tu pasal sempat. Nasi dlm kol 10 dah masak siap2....kalau nak goreng telur ke apa ke... bawang, cili dah siap2 potong tinggal campakkan dlm kuali je. Serunding daging tu sentiasa ada. Papedom , keropok dah siap2 digoreng. Kami mkn tak yah kuah2... kicap pun jalan.
Hubby, teh o dgn air glukos kira wajib.
Aku lak tukar2 kadang oat 3 in 1.... kadang susu coklat.
semua ni sebab nak maintain milk supply.
Sebenarnya entry ni tak dak apa2 motif... saje gatal nak update gak.
Sorry For The Long Hiatus
2 years ago
6 comments:
Itulah namanya blog. Tulis saja apa yg kau mau...
itu la..rumah saya ni pun, makin hari makin lambat ajer bangun :P
hang raya mana tahun ini???
Hi .. Lama K.Su tak menjenguk. Kitorang dah nak pindah Shah Alam lepas raya ni. K. Su transfer to HQ di Bangsar. Rindu pulak kat Laguna la nanti :-)
Salam,
K.Su
www.suliatiaj.com
sama la cik Marisa.. makin hari makin lambat.. si Zeri ni plak, asal kita nak bangun je, dia pun bangun sama.. nak nyusu.. sudahnya, la ni, TV3 tu dah start ngaji baru nak start makan :P
mimilola,
hehehe.. betul la
mrs noba,
itu la pasal... berpuasa sekali tu
fid,
aku pagi raya pertama je sat kat umah parents. kalau tak.. boleh beraya ngan hang kan?
hang balik Kl bila?
kak sue,
tu la... anak saya dua2 saya hantar kat adikku. yg abg next year tadika
yan,
tu la... dah immune kot. pandai2 jek budget time makan.....
Post a Comment