Monday, August 24, 2009

Happy 2nd Birthday Hannah!

Hari ni Hannah genap 2 tahun..... Alhamdullilah.... masih breastfeed..... cuma dah hampir 2 minggu tak pam.... dah tak larat sangat. Mula-mula rancang nak pam macam biasa.. tapi tahap kesihatan tak mengizinkan. Hannah pun dekat nursery dah tak nak minum EBM. EBM yang ada pun semua Hakimi yang habiskan. Tapi suspen jugak takut production tak dak langsung... Lepas ni nak ajar Hannah minum fresh milk kat nursery.

Simple je buat birthday celebration Hannah... hantar kek coklat sebiji dengan goody bag je kat nursery. Semalam Hakimi yang sibuk dok isi barang dalam goodie bag tu... Hakimi dah perasan macam birthday dia..... So.... untuk tidak mengecewakan Hakimi.. mama dah pesan kat teacher dia suruh diorang potong keke sama-sama. Mama sangat-sangat tak larat nak celebrate buat masa ni.... kepala pening.... berpusing-pusing... tak boleh bau makanan..... nak muntah je kejenya... kita celebrate lewat sket ye Hannah. Berdasarkan pengalaman dulu....lepas 3 bulan lebih.. dah ok dah.... tapi sementara nak tunggu tu... seksanya rasa.... aduhai.... semalam dah tak puasa sebab asyik muntah je seharian.... Hari ni insyaAllah... cuba nak puasa jugak....

Bila tanya Hannah... nak baby tak? Dia geleng..
Bila tanya lagi.. nak adik tak? Geleng juga....
Habis tu sapa baby? Hannah angkat tangan.

Kalau Hakimi pulak.. Hakimi nak adik lagi tak? Nak.. Abang Mi nak adik boy. Hmm....







5 comments:

Erna said...

Happy birthday Hannah!!
Semoga menjadi anak yang solehah & kebanggaan keluarga ;)

rizza said...

Happy Birthday Hannah

CY3.5 said...

pandai memilih ek si Hakimi.. hehehe..

happy birthday Hannah.. maka jadik lah kamu baby utk beberapa bulan mendatang saja.. ngeee..

::Umi Sufira:: said...

Happy Birthday Hannah..semoga jadi anak yang solehah! kesian marisa masih mabuk2...sabar yer...saya pun jenis mabuk teruk kalau pregnant...faham sgt rasanya..sikit lagi tuh...:)

Marisa said...

Erna,
Thanx

Rizza,
TQ

CY,
tu la.... tinggal 7 bulan je nak jadi baby

Umi,
Ya.... hanya yang penah alami 'mabuk2' je yang faham