Wednesday, October 28, 2009

Mengata

Ni aku nak mengata sket. Aku pelik tol la bebudak ofis tempat aku keje nih... Konon dah keje lama la konon.... kira macam ala-ala orang lama... buat apa semua boleh. Berani melawan bos.... berani buat apa saja yang melanggar undang-undang syarikat. Kalau buat tu senyap-senyap dah la.. Ni macam bangga la pulak... Jawatan assisstant je pun.. kalau exec pun.... exec biasa-biasa je.... tapi depa ni rasa depa CEO kot.... hishhh.... lemas... pelik.... nak termuntah. Berlagak nak mampos. Konon-konon glemer la tu. Baik laki.... pompuan sama je....


Monday, October 26, 2009

Buah delima

Ntah kenapa sekarang ni buah delima menjadi buah feveret kami semua..... Hakimi sik sebut nak buat Lima... Dah la tu first time hubby beli... terus macam addicted pulak. Dah la mahal buah delima. Sebiji RM5.

Bila makan buah delima..... teringat kenapa eh orang selalu kaitkan buah delima dengan orang pregnant. Konon orang pregnant selalu megidam. Aku pulak tak pernah terfikir nak mengidam buah delima sebab jarang sangat makan. Penah makan pun lama dulu.... baru-baru ni je hubby beli sebab senang pulak jumpa kat pasar malam. Buah delima ni musim ke? best pulak makan buah delima ni sebab rasanya masam-manis.... Buah delima yang hubby beli tu rasanya lebih kepada manis. Tu yang anak-anak aku laju je makan.

Dalam peti ais ada lagi sebiji... nak makan balik karang la...

Friday, October 23, 2009

budak gemuk

Huuu... pagi tadi pegi kedai niat nak beli karipap je 3 krtul....lepas dah ambik karipap 3 ketul ternampak mee goreng yg kelihatan cukup sedap... apa lagi.. ambik juga la.... sudahnya breakfast dah jadi macam lunch....


Monday, October 12, 2009

Kesah jiran

Kalau Fid tengah geramkan jirannya yang sidai kasut kat pagar rumah dia... aku pulak hangin dengan jiran tak berapa baru ayah aku. Perangai macam si**...

Semalam, aku pi rumah parents aku... petang dalam pukul 6 lebih tengah aku minum-minum petang dengar bunyi hon tak henti-henti dari jiran sebelah.... aku cam jeling-jeling la.. pe hal tu? Tengok kereta wira dia bunyi hon.. Rupanya ayah aku kata hari-hari macam tu.... punya la pemalas si ayah.... balik dari mana-mana tak mau keluar kereta atau bukak pintu sendiri.... dia dok hon berkali-kali sampai la anak atau bini dia bukakan pagar.. Ish.... huduh sungguh perangai. Bingit telinga aku mendengarnya. Tak leh fikir agaknya kot jiran ada anak kecik tengah tido... jangan kata jiran... kalau aku tengah tido pun boleh hangin dengar hon macam tu.... Apa la salahnya duplicate kunci buka pintu sendiri. Macam tuan besar. meluat aku. Dah tau malas sangat pi la buat pagar elektrik.

Dah la ayah aku kata dulu-dulu masa baru pindah diorang sapu sampah.... ditolaknya depan rumah kitorang... Eeiiii... perangai cam ta*k. Ayah aku geram jugak.. tolak balik sampai dia depan umah dia balik.... memang loklaq la orang tu...
Pas tu dulu potong ranting-ranting dan dahan pokok buang dalam longkang depan rumah. Gila punya orang. Memang tak senonoh. Nasib la dia sewa je rumah tu.... Harap-harap diorang berambus cepat. Dulu owner rumah tu ok je... tapi dah pindah la pulak... Diorang beli rumah yang lagi besar.

Dah la depan rumah macam poyo je diorang gnatung banner silat apa tah.. cam bagus je join silat-silat bagai. Tapi perangai cam cipanzi.

Tuesday, October 6, 2009

Boy or girl

Bagi aku yang dah ada anak lelaki dan perempuan... yang ke 3... memang tak kisah la dapat boy or girl.... tapikan.... anak aku yang sulung beria-ia nak adik boy.... aduh.... bagi mana aku mahu dapatkan? katanya kalau boy boleh main dengan dia...Semalam aku MC tak sihat.... tapi still hantar anak-anak ke nursery.... balik-balik je si Hakimi tanya... "mama.... mana baby baru?" MasyaAllah.... anak aku ingat aku MC pi hospital beranak gamaknya. Aku cakap la.... perut mama belum besar... tunggu perut mama besar... nanti baru la mama pegi hospital bersalin....ada la baby baru...


Kalau tanya Hannah... nak adik tak? Kompem dia geleng punya. Kalau tanya nak adik girl ke boy? Dia akan jawab bo. Agaknya tu je kot dia boleh sebut. Nak sebut gril tak reti lagi kot...

Aduhai.... semalam boleh ye aku mimpi dapat baby girl.... kesian Hakimi nak adik boy... Ingat mama boleh pilih-pilih ke jantina.... yang penting baby sihat... Alhamdulillah....