Monday, October 12, 2009

Kesah jiran

Kalau Fid tengah geramkan jirannya yang sidai kasut kat pagar rumah dia... aku pulak hangin dengan jiran tak berapa baru ayah aku. Perangai macam si**...

Semalam, aku pi rumah parents aku... petang dalam pukul 6 lebih tengah aku minum-minum petang dengar bunyi hon tak henti-henti dari jiran sebelah.... aku cam jeling-jeling la.. pe hal tu? Tengok kereta wira dia bunyi hon.. Rupanya ayah aku kata hari-hari macam tu.... punya la pemalas si ayah.... balik dari mana-mana tak mau keluar kereta atau bukak pintu sendiri.... dia dok hon berkali-kali sampai la anak atau bini dia bukakan pagar.. Ish.... huduh sungguh perangai. Bingit telinga aku mendengarnya. Tak leh fikir agaknya kot jiran ada anak kecik tengah tido... jangan kata jiran... kalau aku tengah tido pun boleh hangin dengar hon macam tu.... Apa la salahnya duplicate kunci buka pintu sendiri. Macam tuan besar. meluat aku. Dah tau malas sangat pi la buat pagar elektrik.

Dah la ayah aku kata dulu-dulu masa baru pindah diorang sapu sampah.... ditolaknya depan rumah kitorang... Eeiiii... perangai cam ta*k. Ayah aku geram jugak.. tolak balik sampai dia depan umah dia balik.... memang loklaq la orang tu...
Pas tu dulu potong ranting-ranting dan dahan pokok buang dalam longkang depan rumah. Gila punya orang. Memang tak senonoh. Nasib la dia sewa je rumah tu.... Harap-harap diorang berambus cepat. Dulu owner rumah tu ok je... tapi dah pindah la pulak... Diorang beli rumah yang lagi besar.

Dah la depan rumah macam poyo je diorang gnatung banner silat apa tah.. cam bagus je join silat-silat bagai. Tapi perangai cam cipanzi.

5 comments:

Zety Zin said...

err sama mcm kes jiran parents saya la. dok hon hon keta bila balik kerja. berat sangatkah bontot?

ComeyBelako said...

keh keh keh...syok jugak baca. terhibur hati yang boring ini kat opih.

Fid said...

beruknya
see beruk aku taruk
bab hon
jiran i pun suka hon suruh bini or anak buka pintu pagar...dia juga eksyen beruk
kalau ada phone kol kena jwp kat luaq rumah baru line clear..kahakhkahkah
yg sebenar nak suruh org dengar dia projek 3 billion tapi umah cermin nako murahan pecah pun tak ganti!

Marisa said...

Zety,

mmg. benci org mcm tu... nasib jiran rumah saya ok...

comey,
hehe... lepas geram.

Fid,
mmg beruk kan? Tak leh terima hakikat ada org mcm tu

zarin said...

macam2 kerenah jiran kan!
kekadang kena lepas geram jugak kan ;-)