Thursday, October 16, 2008

My besday!!!

Aku sbnnya ala2 ingat2 lupa sbnnya besday aku semalam. Masa dapat SMS dari abah last week tanya nak choc kek or cheese cake utk besday baru la aku realize besday aku dah dekat rupanya. Lepas tu dok sibuk2 keje n mcm2 lagi la… aku lupa. Masa besday aku aku dapat sms n email dr kawan2 wish besday…. Rasa lain…. Tak macam dulu2…. May be sbb dah masuk angka 3* tu yang tak berapa nak beria. Hubby pun tak wish lagi. Dia lupa kot. Selalunya 12tgh malam 15hb dia dah wish siap2. Biar la… Hubby pun tgh sibuk 2,3 menjak ni…. Aku tak de la pulak nak rasa merajuk ke apa….
Masa balik keje mcm biasa kalau tak dak bahan mentah kami akan singgah pasar tepi jalan atau kedai runcit beli bahan2 sket atau tambah2 apa yg tak cukup. Macam biasa la sampai je rumah benda pertama aku buat buka peti ais simpan susu. Tada… bukak2 je peti ais tetiba nampak benda ni.

peti ais aku nampak sepahkan? malu aku! laki la ni nak masukkan kek tu
habis semua di letak je mana yang dan...




Yea…. Dah la aku tgh lapar…. Dan2 tu nak mkn kek. Suh hubby ambik gambar la apa la…. muka pun comot minyak2… gasak la… Yang Hakimi dah sibuk tanya apa tu mama… apa tu mama… Hubby kata la…. kek je… hadiah nanti2 la kite pi cari. Aku mmg tak kisah pun. Dah dapat kek ni pun dah best banget. Lepas dah syok2 ambik gambar hubby kuarkan lak beg kecik dr dalam stor…. kata nak cari hadiah lain kali....Jam… aku mmg suka jam... aku suka. Yang penting keikhlasan hubby kan… sangat sesuai aku pakai pi ofis sbb aku kan pakai uniform. Kalau pakai jam ni dgn baju kurung tak sesuai sangat la kot. Pas tu excited bergambar lagi.


Kimi jeles mama dapat hadiah.....

Last lepas makan2 kek.. hubby kata malam ni kite celebrate makan kat luar. La… habis tu bahan2 mentah tu pe ceta. Itu lakonan semata2… cover line…. Sabar je la…. Hubby mmg cukup terror dlm aktiviti2 nak buat surprise nih…. Kami pi Serrano Grill. Nama lama dia Damiral’s Grill. Kat SP ni je. Tak sampai 5 km pun dr rumah….


Beef nachos......
Surf & Turf (Chicken & lobster)
Chicken fajitas. (mine!)
Spaghetti (kimi punya)

Hubby kata lepas ni saya akan masuk golongan wanita 30-an.... tiada lagi 20-an.... huhuu....

Wednesday, October 15, 2008

Today is my birthday!

Mcm tak caya je umur aku dah 30. Huhuu... Teringat2 lagi aku mcm baru grad je...
Selalu la aku bila dpt kad kawin... aku akan kata... Dah nak kawin dah... (aku masih perasan aku ni 25-26 thn.... tu yg terasa budak2 tu kawin muda. wal hal mereka dah 25-26 thn!

Pagi td masa tgh siap2 nak pi keke aku dpt sms dr adik bongsu aku. Adik lelaki tau. Dia sms ni:

Selamat hari Lahir ke-30!
Tiada apa hadiah nak di beri buat masa ni. Cuma doa saja. Semoga sentiasa sukses..!

Rasa cam syahdu lak. ye.. aku tidak mengharapkan hadiah yg mahal2.... cukup sekadar doa dan ingatan yg tulus ikhlas....
Dia ni mmg adik dan anak yg baik. Mak aku selalu cakap... dia la yg paling senang dilahirkan.... paling senang di jaga.... dr baby sampai ke la ni. Hopefully sampai bila2.

Aku harap aku lebih matang.... lebih tabah dan tenang menghadapi segala masalah.. Aku nak jadi mak yg best dan isteri solehah... dan murahkanlah rezeki kami sekeluarga!

Kena tag!

Tgh2 syok2 baca blog erna.. at last tetiba nampak nama cam kenal je.... loh... kena tag ghupenya.
Tgh bz sbnnya... time lunch buat cepat2....

1. The age you'll be on your next birthday
31.. on this date (Yup! today is my 30th birthday)huhuhu... dah tua..

2. Place you want to travel to
New Zealand

3. Your favorite place
My bed (tgk TV sambil landing2)

4. Your favorite food
Sambal goreng ( mknn org jawa yg ada tempe tuh)

5. Your favorite pet
Rabbit. Tp suka tgk je... bela tak nak

6. Favorite color combination
Pink + Purple, Lite blue + white

7. Favorite piece of clothing
suar pendek + sleeveless t-shirt. (attire kat umah).. kalau org dtg.... kalut masuk bilik belakang sarung kain ngan baju lain.

8. Your all time favorite song
Lagu2 Jamal Abdillah & Alleycats

9. Favorite TV show
Romantik komedi

10. First name of your significant other/crush:
Akmal. Aku suka tgk dia... sama2 naik bas Len. Aku je suka tgk dia... dia tak kenal aku pun.. Tapi bila form 4 aku benci tgk muka dia sbb dia dah mula merokok.

11. Which town do you live in: Sungai Petani

12. Your screen name/nickname: Marisa

13. Your first job: Nurse kat klinik gigi sebelah Mydin Selayang

14. Your dream job: SAHM with monthly salary

15. One bad habit that you have: Suka bertindak terburu2.

16. Worst fear: Cicak... (ada kes tau. Aku penah pengsan sbb room mate baling cicak plastik je pun)

17: Things you'd like to do before you die: Duduk oversea

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000: beli bugalow 6 bilik tido

19. Your husband/wife: Orang jawa

Nak tag sape ek? Saya tak byk sgt masuk blog org... nanti la... akan difikir kemudian

Monday, October 13, 2008

Mini open house

Semalam aku buat makan2.... tak rancang pun sebenarnya. Takut tak jadi buat.. Asalnya aku ada kirim perencah soto kat kawan yg balik kampung ke Muar. Dah alang2 kirim.. kena la buat kan? Tu kesahnya. Dah alang2 buat soto tu... maka kami buat la lebih sikit. Boleh gak panggil jiran2. Pas tu mula la aku teringin nak buat rendang daging + kuah kacang. Sbbnya kan dah alang buat soto ada nasi impit. Pas tu rebus ketupat daun palas sekali. (Mmg saja buat lebih masa raya hari tu dan prozenkan.) My mom dtg together2 we masak..

Asalnya nak menjemput kawan yg nak fly ke UK December ni.. tu yg menjadi jugak la program makan2 ni... pas tu tghari tu dapat pulak sms dr pengasuh anak aku yg lama nak dtg beraya. Molek benar la tu.... Jiran depan rumah kami juga buat open house petang lepas Asar... Maka kami pun mula la menjemput jiran2 dtg lepas maghrib.... Penuh rumah aku tiba2 lepas isyak. Mula2 aku rajin la nak membancuh air.. last2 tgk ramai org... aku tuang aje air gas oren tu...
Kol 10 lebih baru la kosong balik umah aku. Kalut la aku mebasuh smlm. Nasib ler guna pinggan & cawan polisterin je. Sudu je la kena basuh. Rasa mcm tak puas pulak kalau mkn guna sudu plastik.

Yang paling aku frust.. 1 gambar pun tak dan aku ambik....Tgh dok kalut2 tu.. bateri pulak tak jumpa. tah mana aku campak masa balik raya hari tu. Asalnya bateri tu aku selit je tepi kamera... tp hari jam dinding aku habis bateri.... nak cepat ambik je bateri tu dulu.... last2 lupa pulak letak mana bateri lebih. Frust sungguh aku.. kalau tak boleh letak gambar dlm facebook...

Tuesday, October 7, 2008

Cerita raya


Selamat hari raya mak2 semua....

Seperti tahun2 sebelumnya kami di hari raya pertama mmg sempat cover 2 rumah lagi la... Aku pagi raya kat umah parents kat Penang. Dalam kol 11 mula la kami bergerak ke KL... kiranya kami ni melawan arus la.... so... jalan smooth je la.... dlm pukul 3.lebih dah sampai ke Selayang. Seperti biasa.... kami akan singgah ke kedai gambar bergambar la konon2nya.

Raya ke2 plannya nak ke Batu Pahat... melawat nenek dan mak cik2 yg lain belah hubby.... Tapi last minutes kami ubah plan sbb nenek dah di bawa ke Kota Tinggi oleh seorang anaknya.... tak mampu dah kami nak terus lagi ke Kota Tinggi sbbnya kami dah dr Kedah... jauh bebenor.... At last raya ke2 kami ke Seremban and Melaka beraya dgn Mak Long and Mak Cik belah hubby...
Mak Long pun thn ni berkumpul kat rumah anak2nya.
Malam baru kami balik ke Selayang. Parents in law dgn abg ipar terus ke Batu Pahat.... manakala kami anak beranak dan adik bongsu hubby kembali ke rumah... sbb tak larat dah nak ke belah selatan... dan adik hubby pun ada exam lepas raya nanti.

Raya ke3 kami beristirehat je kat rumah sbb hubby dah mula nak demam... suara hilang... batuk n selsema.

Raya ke4 pulak.... pagi2 dah siap2 nak balik ke Penang. Kami dah plan nak berkumpul kat rumah adik yg juga di Penang.


Mak Tok dan wan bersama cucu-cucunya....
(dr kiri: Afiq (3 bulan), Hannah (1thn 1 bulan), Hakimi (3 thn 4 bln),
Khadijah (nak masuk 9 bulan)


Ni gambar kami sekeluarga...
(tuan rumah sibuk sehingga tak sempat menukar baju raya)
(Hannah pula sibuk bermain kopiah Wan)

Raya ke5 kami ke Alor Setar ke rumah mak mentua kakak ipar... (tak dan jumpa lagi masa tu)... dan masa on the way balik... kami singgah Guar Cempedak beraya kat rumah org yg jaga Hakimi dulu...

Sekian cerita raya kami....
Kawan2 yg akan ke Kedah.. jemput2 la ke rumah.....