Thursday, October 16, 2008

My besday!!!

Aku sbnnya ala2 ingat2 lupa sbnnya besday aku semalam. Masa dapat SMS dari abah last week tanya nak choc kek or cheese cake utk besday baru la aku realize besday aku dah dekat rupanya. Lepas tu dok sibuk2 keje n mcm2 lagi la… aku lupa. Masa besday aku aku dapat sms n email dr kawan2 wish besday…. Rasa lain…. Tak macam dulu2…. May be sbb dah masuk angka 3* tu yang tak berapa nak beria. Hubby pun tak wish lagi. Dia lupa kot. Selalunya 12tgh malam 15hb dia dah wish siap2. Biar la… Hubby pun tgh sibuk 2,3 menjak ni…. Aku tak de la pulak nak rasa merajuk ke apa….
Masa balik keje mcm biasa kalau tak dak bahan mentah kami akan singgah pasar tepi jalan atau kedai runcit beli bahan2 sket atau tambah2 apa yg tak cukup. Macam biasa la sampai je rumah benda pertama aku buat buka peti ais simpan susu. Tada… bukak2 je peti ais tetiba nampak benda ni.

peti ais aku nampak sepahkan? malu aku! laki la ni nak masukkan kek tu
habis semua di letak je mana yang dan...




Yea…. Dah la aku tgh lapar…. Dan2 tu nak mkn kek. Suh hubby ambik gambar la apa la…. muka pun comot minyak2… gasak la… Yang Hakimi dah sibuk tanya apa tu mama… apa tu mama… Hubby kata la…. kek je… hadiah nanti2 la kite pi cari. Aku mmg tak kisah pun. Dah dapat kek ni pun dah best banget. Lepas dah syok2 ambik gambar hubby kuarkan lak beg kecik dr dalam stor…. kata nak cari hadiah lain kali....Jam… aku mmg suka jam... aku suka. Yang penting keikhlasan hubby kan… sangat sesuai aku pakai pi ofis sbb aku kan pakai uniform. Kalau pakai jam ni dgn baju kurung tak sesuai sangat la kot. Pas tu excited bergambar lagi.


Kimi jeles mama dapat hadiah.....

Last lepas makan2 kek.. hubby kata malam ni kite celebrate makan kat luar. La… habis tu bahan2 mentah tu pe ceta. Itu lakonan semata2… cover line…. Sabar je la…. Hubby mmg cukup terror dlm aktiviti2 nak buat surprise nih…. Kami pi Serrano Grill. Nama lama dia Damiral’s Grill. Kat SP ni je. Tak sampai 5 km pun dr rumah….


Beef nachos......
Surf & Turf (Chicken & lobster)
Chicken fajitas. (mine!)
Spaghetti (kimi punya)

Hubby kata lepas ni saya akan masuk golongan wanita 30-an.... tiada lagi 20-an.... huhuu....

13 comments:

mrs noba said...

ala sweet jer!

arina said...

marisa ni sungguh comel orangnya. kalau akak lelaki mesti akak ngorat hahahahahah!!

happy besday dik!

Yan said...

alalalala.. comelnya la dapat surprise.. mak dah lama tak celebrate besday ni.. wish gitu2 je..

Fid said...

tahniah

Mommy Hafiy said...

happy besday!!!
ishh..mcm sedap jek..kat mana nih???tak pernah tau pon ada kedai cenggini kat sp..huhu..balik mesia nih harus pegi!

mimielola said...

Wah, sungguh menyelerakan!

Kak Non ni loqlaq tul lah! :P

Tp ko mmg comel, Mona!

Marisa said...

mrs noba,
hehe.. biasa2 aje..simple celebration je

arina,
kak smiley ni sungguh pandai bergurau.

yan,
ala cik_yan.... my hubby punya hobi suka buat surprise kat org. kalau kami blk kg pun dia senyap2 je tak bg tau mak dia.. alih2 tercegat depan umah dah.


fid,
ye.. tahniah kerana telah masuk golongan 30-an...

mommy hafiy,
ada tau! nanti dah balik sini saya bg tau... kat area lagenda height tu.. dkt2 ngan tesco...

mimielola,
tgk betul2 terus comot. hehehe

Mrs. H said...

sis maris.. (ke sis mona??) hehe.. alahai mmg sweet la.. moga panjang umur k.. murah rezeki selalu.. saya pun lahir 15hb gak taww.. tp bulan 12.. tahunnye awal 80-an.. miahaha.. pape pun mmg best la hubby akak tu berlakon.. ihiks..

mamalisa said...

HAPPY BIRTHDAY MY FREN!!!

welkam to 30s club :-)
beruntung laki ko pandai wat surprise..sweet je laki jawa ko nih.

kalu laki aku dua tiga hari sebelum pun dah boleh bau surprise dia dah basi..muahhahaa..tapi laki aku best gak (kenala cover suami sendiri dak)..

jumpa kat KL nanti yer..insyaAllah.

mamafiza said...

Assalamualaikum wbt,

Dear Miss marisa,

Happy Belated B-day my dear ^_-

Uh oh! Sgt setuju dgn comment Miss anamiraa.

Mmg Miss marisa ni cute mcm sakura! *hai oh, sgt gembira jika dpt pinch pipi*

May God bless your special day with His love :) Amin~

Marisa said...

mrs h,
nanti akak visit your blog pulak

mamalisa,
tak nampak pun kau kat kenduri ude? lisa kat hospital ye? Aku mmg nak tgk anak kau.. tp jadual pack sgt.. kena balik lama sikit la lain kali.

mamafiza,
hai.. thanx. malu2 ler..
I selalu bukak your blog... tp tak comment apa2 sbb password tak ingat pulak

Erna said...

ala ku terlewat..
tak kira nak wish jugak..
happy belated besday!!!
wah, syioknya dapat surprise!!!!
dah siap2 ke? bila nak berangkat? :P

Marisa said...

erna,
tgh bz ni...
auditor last minute dtg this week.
dgn boss tak approve cuti. rasa mcm gengong sekejap