Tuesday, October 7, 2008

Cerita raya


Selamat hari raya mak2 semua....

Seperti tahun2 sebelumnya kami di hari raya pertama mmg sempat cover 2 rumah lagi la... Aku pagi raya kat umah parents kat Penang. Dalam kol 11 mula la kami bergerak ke KL... kiranya kami ni melawan arus la.... so... jalan smooth je la.... dlm pukul 3.lebih dah sampai ke Selayang. Seperti biasa.... kami akan singgah ke kedai gambar bergambar la konon2nya.

Raya ke2 plannya nak ke Batu Pahat... melawat nenek dan mak cik2 yg lain belah hubby.... Tapi last minutes kami ubah plan sbb nenek dah di bawa ke Kota Tinggi oleh seorang anaknya.... tak mampu dah kami nak terus lagi ke Kota Tinggi sbbnya kami dah dr Kedah... jauh bebenor.... At last raya ke2 kami ke Seremban and Melaka beraya dgn Mak Long and Mak Cik belah hubby...
Mak Long pun thn ni berkumpul kat rumah anak2nya.
Malam baru kami balik ke Selayang. Parents in law dgn abg ipar terus ke Batu Pahat.... manakala kami anak beranak dan adik bongsu hubby kembali ke rumah... sbb tak larat dah nak ke belah selatan... dan adik hubby pun ada exam lepas raya nanti.

Raya ke3 kami beristirehat je kat rumah sbb hubby dah mula nak demam... suara hilang... batuk n selsema.

Raya ke4 pulak.... pagi2 dah siap2 nak balik ke Penang. Kami dah plan nak berkumpul kat rumah adik yg juga di Penang.


Mak Tok dan wan bersama cucu-cucunya....
(dr kiri: Afiq (3 bulan), Hannah (1thn 1 bulan), Hakimi (3 thn 4 bln),
Khadijah (nak masuk 9 bulan)


Ni gambar kami sekeluarga...
(tuan rumah sibuk sehingga tak sempat menukar baju raya)
(Hannah pula sibuk bermain kopiah Wan)

Raya ke5 kami ke Alor Setar ke rumah mak mentua kakak ipar... (tak dan jumpa lagi masa tu)... dan masa on the way balik... kami singgah Guar Cempedak beraya kat rumah org yg jaga Hakimi dulu...

Sekian cerita raya kami....
Kawan2 yg akan ke Kedah.. jemput2 la ke rumah.....

5 comments:

mrs noba said...

your parents kat selayang ke marisa?
kat mana?

Erna said...

tu dia hakimi...ngan spek itam..dah ala-ala panca sitara dah! hihihi kemain lagi bergaya!
wah! tahun ni pepel kalerrrr! cunsss!

Marisa said...

mrs noba,
parents in law kat selayang. area2 kg bendahara rasanya. my parents kat penang.
tp dulu we all pun duduk selayang. from my age 1 sampai 25. lama kan? we all kat tmn sri melati. dkt la dgn selayang utama. kiranya boleh la nak pi selayang mall n summit square (nama dulu) jalan kaki.

erna,
tu la.... mmg dia sendiri yg mintak. masa pi jusco bulan puasa hari tu... sampai2 je dia ajak abah dia pi belikan cermin mata hitam. rupanya adik dia pun teringin.... bila bg pakai... senyum bangga dia jalan sana sini...
hehe... purple u... last year pink.

mamalisa said...

Mona..pegi x Huda kawin?Aku ingat nak gi yang KL je tapi blom dapat address dari dia lagik.

Marisa said...

mamalisa,
aku sbnnya mmg dah plan beria2 nak pi Ganu kenduri Ude.... tp last minutes laki aku ada hal. so.... kena gak pi yg kat KL. kad kawin Ude aku dah dpt.... kat Setapak garden. 25hb ni.
Kite jumpa kat sana eh....