Wednesday, December 31, 2008

kena tagged!

Aku kena tagged dgn Fid.....
Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Sungguh kutak tahu bagaimanakah harusku mulakan..sungguh...

1. Muka aku mmg muka sombong.... ini diakui oleh suamiku sendiri.
2. Hakikatnya aku tidak pernah sombong. (Tanya la org yg kenal aku)....
3. Aku mmg buta IT (setakat yg biasa2 tu boleh la....)
4. Selsema dan aku umpama aur dgn tebing
5. Saya kadang2 amatlah jujur
6. Saya suka buat nakal dalam diam.....cthnya: Tealady pilih kasih tak nak bancuhkan aku milo... mentang2 la stok tak byk. Dia tak dak ja dalam pantry aku pi bancuh kaw2 punya. Lemak berkrim lagi
7. Saya tak suka jeles akan kelebihan org lain.....tambah2 kalau org itu mampu beli itu ini.... malah saya turut gembira atas apa yg org itu ada
8. Saya seorang yg rendah diri ( Adakah ini memuji diri sendiri?)
9. Saya teringin nak dok oversea
10. Saya tidak pandai berkata-kata. Habis kenapa ada blog? Sbb senang nak comment kat blog org lain
11. Saya kadangkala seorang yg degil
12. Saya juga seperti cik yan suka mengorder makanan yg sama. Dr zaman belajar sampai la ni saya amat suka Paprik ayam + udang...
13. Saya tak suka mknn manis tp saya sangat suka coklat.....
14. Saya ada keturunan cina
15. Saya tak pernah lupa belikan hadiah utk mak dan ayah saya setiap kali hari jadi mereka semenjak saya sekolah rendah lagi..... kami share2 duit adik beradik... biar murah.... tp tanda ingatan
16. Saya bukanlah seorang yg suka menonton TV. Tapi suami dan anak saya sangat suka!

Tak tau la nak tagged sape. Cam ramai jek dah kena!

Thursday, December 25, 2008

bohsan!

Ini adalah hari yg bohsan.... ye la... company aku keje.... nak komplen tak leh sbb cuti krismas dah diambik masa raya haji hari tu.... td aku makan nasi ngan kari ayam and sayur kobis.... makan free kat kantin.... la ni tender baru... berselera sket kami nak makan.... kalau tender dulu.... masak mcm nak bg kucing makan. Mulai thn depan depa tak guna sistem kupon dah....depa bg elaun mkn melalui gaji. rm60 sebulan... kira sehari rm3.. jadi la.... at least lepas2 ni nak mkn luaq ka dalam ka.. suka hati kami la.... dah lama dah kami burn gitu je duit mkn pasal tak lalu makan kat kantin...

Isnin depan maal hijrah pun aku keje...new year pun kena keje.....apa boleh buat..... company aku pelik sket.....

Wednesday, December 17, 2008

Hutang tagged!!!

Four Things

Hehehe.... aku kena tag dgn Cik Lola sbb dah lama tak update blog.. tp tetiba je mcm dah update.. sikit je la pun....

Four jobs I have had in my life

1. keje kat Dentist sebelah Mydin Selayang (Belakang Selayang Mall) - ni masa cuti semester
2. Accounts clerk (2 months only...immediately after grad)
3. Management trainee (sebulan setengah jek.. sbb dpt keje kat tpt no 4.)
4. Keje kat kilang ...

Four movies/ TV series I would watch over and over

1. Little rascal (my hubby feveret movie too)
2. Ada apa dgn cinta (Indonesian movie)
3. Kuch kuch hota hai (masa zaman2 belajar dulu gila hindustan)
4. Para para sakura (ceta cina yg Aaron Kwok berlakon).. tu la kesahnya aku suka nama Sakura.


Four places I've lived

1. Selayang (dkt2 dgn Summit Square.... nama baru Bintang Capitol.. boleh pi jalan kaki saje)..from age 1 - 25
2. Rawang (sebab keje)
3. Putrajaya(from age 25-28..... weekend only becoz parents move here.... me dah keje kat Rawang)
4. Gombak (sbb belajar..... now u know I study kat mana dulu)

Four places I have been


1. Cherating
2. Kuala Terengganu
3. Langkawi
4. Lumut

People who e-mail me (regularly)

1. Member ofis
2. Kawan2 lama
3. My sister
4.

Four of my favorite foods

1. Sambal goreng (Jawa)
2. Sambal udang
3. Roti jala
4. Ketam masak lemak cili api

Four places I would rather be right now:

1. Spa
2. London (berangan tak sudah)
3. Beach
4. Kawasan tanah tinggi (eg: Cameron Highland)

So who should I tag?

1. No idea.. sbb nampak cam ramai jek dah buat...
2.
3.
4.
5.

Tuesday, December 16, 2008

Guess who?



Kisahnya begini.... wah.. mcm hikayat merong mahawangsa plak..
Kami mmg balik KL dlm 2 bulan sekali.... cuma balik sat2 je la... sbb tujuannya nak melawat org tua kami (PIL). Maka selalunya balik kejap2 je la.... kadang2 balik Jumaat malam.... Ahad dah balik Kedah.... mmg nak jumpa kawan2 pun sket2 je la.... selalunya kalau kami dah jumpa si A balik kali ni.... then balik sekali lg kami jumpa org lain plak.... lawatan ke shopping complex kami buat sambil berjumpa kawan2....

Kami balik baru ni sbb raya haji... Isnin ptg sampai KL..... Selasa kami pegi zoo sbb Hakimi la yg sibuk2 nak pi zoo... Rabu tak dak agenda sbb sepatutnya kami balik KL hari Rabu tu la.... tup2 bos hubby sms suh attend meeting kat ofis KL hari Khamis....(suka2 aja kan)... so kami pun terpaksa balik Khamis malam (sampai umah kol 2 pagi tau!).....(tapi hubby dah biasa.... dia dlm sebulan 2x pi KL balik hari jek..... bengong ke tak bengong tu? kuar before subuh..... sampai2 terus buat keje or meeting.... then pas maghrib blk kedah semula).

Mmg dah lama plan nak jumpa cik lola kite (dan yg lain2 pun teringin juga nak jumpa).... tp masa blm izinkan....insyaAllah...akan jumpa juga...
Kami jumpa sat jek.... tak sampai sejam pun..... cik lola kite keje hari tu....

Yang part aku tak bley tahan tu kan... boleh ye aku pi jumpa dia guna beg yg aku beli kat dia (kat garage sale dia)... selamba tak? Belasah je la... Aku mmg muka tak tau malu.... walaupun kadang2 pemalu...

Cik Lola sungguh bergaya dan sofisticated.... berbeza sungguh dgn aku yg selekeh ni.... (tak tgk aku kat ofis lg... sgtlah tak bergaya dgn uniform yg semakin sendat dan ketat sbb pengumpulan lemak yg berlebihan selepas bersalin anak no.2).... Sungguh aku terasa seperti budak gemuk dan pendek bila berjalan sebelah cik lola.... Rasa kejap sgt la jumpa.... tak puas sembang2.... dan kalau dpt jumpa kawan2 lain juga mesti happening habis....

Itu lah kesahnya macamana kami boleh berjumpaan.....

Sunday, December 14, 2008

Tadika oh tadika.....

Jumaat lepas aku dapat flyers dr nursery anak aku.... fasal Tadika next year .. itu pun kalau anak aku nak join tadika situ. Aku plan nak hantar situ je sbbnya dia dah kenal kawan2 kat situ.. dan dia suka sgt dok situ.... tangok dulu perkembangan dia setahun ni.... kalau tak ok.. maka kami kena cari tempat lain la...

ni Yuran tadika dia:

Pendaftaran tahunan 30.00
Yuran bulanan + makanan 170.00
Pakaian seragam 45.00
Pakaian sukan 30.00
Buku teks & aktiviti 47.00
Booklet - BM, BI, Maths, Agama 25.00
Bacalah Anakku 35.90
Peter & Jane (Reading Book) 9.90
Alatulis dan buku latihan 48.00
Lain2 15.00
Insurans 20.00

Total 475.80


Hmm.... not sure murah ke mahal.... nampak mcm mahal.. tp mana nak cari tadika yg murah lagi... kalau kat KL selalu dgr sampai dah ribu2... monthly rm170. Tak termasuk nursery. nursery tak sure how much. Rasanya dlm rm150.. total 300++...

Dgr2 tahun ni co. tak bg bonus.... aduhai.... harap2 la khabar angin tu tak betul...