Sunday, January 31, 2010

I want Usana Biomega for FREE!!

Hmm.... mula-mula ingatkan tak tutup tarikh penyertaan ni sebabnya tak perasan pulak ada contest ni.... memang dlm hati ni ada juga plan nak beli biomega tu lepas terbaca entry yang mrs. imran buat satu ketika dulu... ala... yang ada keratan akhbar tu....

Hampir-hampir terlupa hari ni adalah last day penyertaan tu... tadi masa pegi hospital untuk monthly check-up baru perasan yang hari ni 31/1/2010. Masih sempat lagi...

Kenapa ek nak Usana Biomega tu....ni... insyaAllah menyusukan anak saya anggap satu kewajipan untuk saya... maka saya rasa amatlah perlu untuk mengambil vitamin tertentu untuk kebaikan anak saya... sebelum-sebelum2 ni... memang pernah ambil fish oil.... tapi yang dibeli di farmasi-farmasi. Saya sendiri pun tak tau apa bezanya... Oleh yang demikian saya rasa saya perlu dapat Usana Biomega tu secara percuma supaya saya boleh menilai untuk membeli fish oil yang mana sehinggalah tamat tempoh penyusuan selama insyaAllah 2 tahun dan kalau boleh lebih lagi.



Monday, January 25, 2010

Kegilaan terkini

Sungguh.... sekarang tengah kegilaan melampau dengan cerita Korea Boys Over Flower. Citer dia cute and sweet je.... yang paling best pelakon-pelakon dia cute2 and handsome-handsome belaka.

Siap download 25 episode dalam PC kat ofis and kat rumah..... memang gila. Tertunggu-tunggu time lunch nak tengok ceta tu. Rasa malas nak keluar dah time lunch semata-mata nak tengok ceta tu. Sanggup bungkus makanan kat kantin je .... so boleh makan sambil layan ceta Korea nih....

Citer dia tengah ada kat TV8 sekarang ni... tapi dah episod belakang-belakang.... kat rumah payah la sikit nak tengok... selalu bz je.... lagi pun.. kat TV banyak sangat potong....




cute kan pelakon Korea tu... Ji Hoo (dalam ceta tu la).... yang belah kiri tu bekas awek dia.... tapi yang tu bulan heroin dia.. heroin dia tak ler cun sangat. cute je la....

Wednesday, January 20, 2010

"Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)"

"Dengan ini, saya nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.


Thursday, January 14, 2010

Cinta Balqis

Sekarang ni memang tengah demam 'Cinta Balqis'.... cerita tu sedih betul la.. ditambah dengan lagu yang shahdu (tapi bila terbayang muka Ray yang nyanyi.. terbantut sekejap)...

Kalau tak sempat tengok kat rumah..... memang terus download esoknya.... sekarang ni pun saje je lipat kain masa ceta tu... hehehe.. alasan.

Tak boleh tengok la Hassan tu.... kesian... dengan mak Biah lagi.. aduhai.... sedih la...

Rupanyakan... ceh.. baru tau... Mar dgn Mukhris tu anaknya Hamidah Wahab. Masa Tuan Baharom nak kawin lain.... dia memang tak kisah kawin dengan janda. Cumanya Janda tu tak boleh ada anak.... tu pasal la Hamidah wahab tu bagi kakak dia jaga dan bagi tau kata tu anak sedara dia. Sebabnya Tuan Baharom tak mau ibu tiri kepada anak dia, Ezany ada anak lain sebab tak mau harta terlepas kat tangan orang lain. Selalunyakan ibu tiri mesti lebihkan anak dia sendiri. Sebab tu la si Hamidah Wahab ni protective sangat kat anak sedara dia... rupanya anak dia snediri....

Ishh.. tak sabar nak tunggu hari ni dengan esok... aduhai...

p/s: masih tak boleh tengok rupa Hassan yang kesedihan semalam


Friday, January 8, 2010

mengomel di pagi Jumaat

Tadi la kan terdengar budak sebelah meja saya dok nasihatkan budak yang tengah pregnant anak sulung sekarang ni.... kalau boleh jangan hantar anak kat nursery... dibiarkannya anak kita dalam buai gitu aje. Hmmm.... ada kebarangkalian tak yang letak rumah orang pun sama. Tuan rumah sibuk nak masak, sapu sampah, sidai kain, lipat kain, itu ini... itu ini...

Nursery pun sama sebenarnya... kena tengok la macamana condition nursery tu kan... kalau yang ramai sangat budak.... mungkin la tak terurus....

Yang tak menarik awal-awal dia dah promote susu lem**... konon harga mahal... bagus.... hmm.... malas la mau campur.... pandai-pandai korang la nak bagi susu badan ke apa ke.... korang kan banyak pengalaman.

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

Masa mula-mula pindah Kedah dulu....saya amatlah terkejut kerana seumur hidup rasanya tak pernah lagi tak cuti setiap kali 1 Jan... saya sungguh pelik... tapi lepas 3 tahun berada di Kedah.... 1 Jan sama seperti hari-hari lain... bekerja seperti biasa.

Azam tahun baru? Saya sentiasa berazam dalam hati untuk sesuatu perkara... tidak pernah manunggu tahun baru untuk memulakan sesuatu yang baru.... Bila-bila masa saja saya akan berazam...

Tahun 2009? Hmm... tiada banyak up & down.... cuma saya pregnant tak disangka-sangka.. Alhamdulillah....

Tahun 2010? InsyaAllah bakal jadi mom of 3 hujung March nanti. Semstinya saya mesti meneruskan tradisi to full breastfeed my baby... Hopefully sampai 2 tahun setengah...

Belanjawan 2010? Sangat ketat... dengan keadaan company yang tak berapa seccess.... insyaAllah pasti ada rezeki untuk setiap anak... Hubby ada lagi 3 semester to complete master.... so... masa untuk bersuka ria tu kurang la sikit....

To all... happy new year... semoga lebih bersemanagat menjalani hari-hari mendatang....