Semalam, aku ambik cuti semata2 nak teman mak aku pi beli kain buat langsir..alang2 aku pun sekali shopping beli kain buat baju raya. Kat Sg. Petani sekarang dah ada kedai kain baru.... Jakel. nama kedai tu Alamoda... last year mak aku tak buat langsir baru... so this year mak aku nak la buat langsir baru. Kebetulan pulak adik aku yg cikgu tu cuti so dia pun join sekali beli kain.
Aku bangun awal mcm biasa... macam nak pi keje.... buatkan bubur untuk Hannah. Aku still hantar Hakimi dan Hannah pi nursery... bukan mama tak nak bawak korang berdua jalan... tp amatlah merbahaya. Ye la.. kang mama sibuk pilih2 kain...Hakimi lak suka berlari sana sini... bahaya sungguh. Sebab tu la mama ambik cuti. Kalau weekend mama mmg tak sanggup nak tinggalkan korang.
Lepas je hubby hatntar budak2 tu pi nursery.. mama kalut ler mengemas rumah.. ini la peluang nak kemas umah tanpa gangguan budak2 tu... siao vacuum n mop 1 umah..penat giler. siap je mengemas...masa tu dah kol 10.30.. mama rest sat.. then mandi.. elok kol 11 mak dah abah sampai... pas tu terus la kami ke Jakel yg jauhnya cuma 6-7km sahaja. Mmg dekat jek.. kami pun pilih2 la kain langsir dulu. Punya la lama ambik masa... lenguh dah kaki berdiri and berjalan... Kiranya mak beli langsir untuk 1 rumah... untuk sliding door dan 3 bilik kat tingkat atas.... Dah siap bayar semua... kitorang pi turun kat bahagian kain buat baju... Dah tak larat masa tu... aku cakap jek kat promoter tu tunjuk saya kain kaler purple je... tak larat dah tak tgk2 yg lain... Kejap jek aku pilih kain.. sebab dalam kepala mmg dah set nak kaler purple.
mula2 beli kaun untuk baju melayu hubby and anak2.. pas tu baru cari kain untuk baju kurung aku. Aku ni tak la cerewet mana....belasah je la.... asalkan nampak OK. Lepas tu beli lagi sepasang.. kaler pink. Share dgn mak. Sebabnya kalau beli 2 pasang RM120. kalau beli sepasang RM75.. kira ok la tu.. mak ambik kaler hijau.. sebab abah dah ada kain nak buat baju melayu kaler hijau gak.
Sudahnya aku buat 2 pasang ler baju raya tahun ni. Lebih dari cukup dah tu sebabnya aku bukannya pakai sangat pun. Pakai untuk raya dgn kenduri je. Keje pakai uniform....
Rayanya buat baju kurung pahang je kot. Kebaya2 ni tak gemar. Tambah2 pinggang dah tak dak...
Sorry For The Long Hiatus
2 years ago