Friday, July 25, 2008

Jalan2 KL

Last Friday hubby ada meeting kat KL. Maka... aku pun sibuk ler mintak cuti kat bos Jumaat. Ni kira kes mengambil kesempatan la ni. Sambil2 tu melawat mak mertua. Hakimi kalau sebut pi KL je... dia mmg tau la nak pegi zoo.... tak pun tgk fish (Aquaria).

Mula2 plan nak pegi Aquaria... tp sbb baru je pegi bulan 3 hari tu rasanya... so... kami ingat nak pegi Pets Wonder land ke apa tah kat OU. Pegi2 rupanya dah tutup... ceh! Mujur Hakimi hari tu mood dia baik. Aku bg tau... ala.... babah ni tersilap pulak... Tak pe.. lepas ni mesti jumpa. So.. kitorang pegi je la Kat Pet Shop yg ada kat Ikano tu. Tak la best mana pun.. tp pada budak umur 3 thn tu dah kira best.

Hakimi yang sangat hepi..
Elok sangat la kat sebelah Pet Shop tu ada macam Kidz Zone.... bertambah hepi la dia...

Lepas keluar dr Kidz zone tu... Hakimi main plak naik binatang gerak2 tu tah hape ke nama....

Hannah tido sepanjang2 kami di sana

Babah pun teringin nak naik juge :)


Lepas tu hakimi sibuk nak buat ni pulak
Pas tu lalu lak kat the Curve nampak lak restoran ni... hehehe.. cam lawak je nama dia kan?



Lepas dah berseronok ... Hakimi pun mengantuk dan tertido.... elok la... dah nak balik.. Hannah pun jaga. Kami tak dan lunch lagi. Masa tu dah pukul 4 ptg... Last2 drive thru Burger King je la....





































Thursday, July 24, 2008

Hannah @ 11 months



Hmmm... hari ni anak mama ni dah 11 bulan. Next month genap setahun... cepat sungguh masa berlalu....

Apa yg memeranjatkan mama.... Sabtu lepas... masa tu kat umah nenek .... masa tgh solat Isyak masa tu... keluar bilik dengar riuh rendah kat depan... ooo.... rupanya anak mama dah boleh jalan.... Excited dia berjalan... tapi dalam 6-7 tapak lepas tu jatuh....
Dia pun sekarang dah faham sangat la apa kita cakap. Dua hari lepas masa mama tgh dok ngemas2 dapur.... Hannah main ngan abahnya kat depan.... Pas tu saja la abah dia kata.... mama, meh ambik Hannah ni.. terus dia melonjak peluk abah dia.. oooo.... nak main ngan abah ye.... hmm... bukan sennag nak dapat peluang tu.... sebabnya Abg Hakimi selalu jeles kalau abah layan adik dia lebih2.



Thursday, July 17, 2008

Check up

Semalam member ofis aku ceta la adik dia kena serangan stroke. Adik dia nih baru je 17 thn....Tiba2 je kena. Lumpuh separuh badan. Doktor pun tengah dok buat kajian. Dia kata seminggu adik dia demam tak kebah2. Tapi tak la demam kuat sgt. Rupanya adik dia ni kena demam virus... rupanya virus tu dah mengerang otak dia.. berlarutan dgn ceta tu... dia pun kata la dia pi check darah.... dia kata gula dlm darah dia rendah tapi kolesterol tinggi. Orgnya baru 25 tahun... badan kurus jek.. berat tak sampai 50kg. Maka.. aku yg mendengar ni amatlah takut sebab aku makan tak jaga sangat.
Pagi tadi aku dan 2 member ofis tergedik2 pegi klinik kilang untuk buat check up...

keputusan dia:

Gula dlm darah 4.8 (normal... kalau ikut bacaan US lebih dr 6 kira tinggi.. kalau ikut British lebih dr 10 kira tinggi)

Kolesterol dalam darah 5.4 (consider tinggi... sepatutnya perempuan kena kurang dr 5. Aku sungguh gusar.. ni mesti gara2 aku hari2 mkn pisang goreng... aku nekad no more pisang goreng dan nak masukkan aot sebagai menu breakfast.)

Tapi... aku baru je ada niat nak mkn mcD... hish.. harus cancell nih...
Kek ofis aku setiap Selasa ngan Rabu ada Yoga.,. terasa sgt mcm nak join.. tp kalut pulak nak ambik anak aku.. huishhh....macam2 la alasan tu..... makanya aku kena naik turun tangga 100x setiap hari utk exercise

Hakimi vs Hannah




vs





Ni baju yg Mak Ngah hadiah kat Hakimi.... masih elok...Hannah pulak yg pakai... baju2 mcm ni ok la...unisex....kalau baju2 yg ala2 boy tu pakai kat umah jek....













Kegembiraan dua beradik













Tido vs katil

ni ler katil Hannah... (katil Hakimi dulu)... ni ler bilik aku berpantang dulu

Kami memang tido sekali dgn anak2.... Cuma Hannah tido dalam baby cot. Hakimi tido dgn kami atas katil. (mujur beli katil King)... Hannah mmg tau baby cot tu tampat tido dia... letak je...lepas susukan.. dia golek2 terus tido.... Agaknya sbb balik je dr hospital... mmg situ la tempat tido dia.. Tapikan skrg ni Hannah dah makin besar... makin lasak.... penah sekali tu Hannah jengket2kan kaki dan nak capai barang yg dia baling atas katil.... sampai terjatuh dia dr baby cot tu. Ya Alllah bahya sungguh. Masa tu aku tgh solat.. dgr dia menangis terus jek terhenti solat. Nasib baik la mama letak baby cot tu betul2 sebelah katil mama....



Agaknya katil Hannah tu tak tinggi pintu dia... sebenarnya katil tu Hakimi punya dulu.. yang mak tok dia hadiahkan... tu yg kami tak beli katil lain... Yang pilih katil tu pulak adik aku yg belum kawin masa tu. Dia main belasah je la beli.... Kalau kami sendiri yg beli... mesti kami consider la segala2 ciri2 keselamatan. Sudahnya buat sementara ni kami letak Hannah dalam katil tu utk tido sahaja....

Kami tgh plan nak letak 1 tilam bujang kat bawah sama ada... Hannah atau Hakimi yang akan tido bawah.... ada gak plan nak beli katil baru tapi takut tak berbaloi sbb Hannah pun dah nak masuk setahun. Bagus gak idea adik aku buat built in bed.... dia buat katil saiz king + ada katil yg boleh ditarik kat tepi. senang bila dah ada 2 anak nanti.

Friday, July 11, 2008

Nenek oh nenek....

Aku sebenarnya tengah berfikir satu benda ni.... berlaku depan mata aku.... Seorang nenek kepada 9 anak... skrg baru kena strok... (lumpuh)....dan nyanyuk sket.... selama ni sorang anak ni je yg bela.... lain2 anak setakat jenguk je la... hulur pun sesekali.. tu pun bukannya banyak sangat. Skrg bila nenek tua tu dah lumpuh... anak yg selama ni jaga mcm terasa bebanan.... lantas dia meminta pertolongan adik-beradik lain.... masing2 memberi pendapat... setiap anak kena jaga... so setiap 3 bulan rotate la.... salah seorang anak nenek ni...suami dia pun ala2 penah kena strok.... jalan pun bertongkat. Anak nenek ni enggan menjaga ibunya sbb suami dia pun sama kena perlu dijaga. Patut ke anak dia buat begitu?
Pada pendapat aku la.... kalau tak nak semua jaga... kot susah nak bawak nenek tu ke sana ke mari... apa salahnya yg adik beradik lain tu bg la sorang RM50 kat yg jaga tu... kalau dah 8 org lain bg sorang rm50.. kan ke dah rm400. cukup la kan kos nak jaga sorang nenek....
Kesian kat kat nenek ni.... betul la ungkapan seorang ibu boleh jaga 10 anak... 10 anak... belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Tuesday, July 8, 2008

Geram tau!

Aku ni kan rasa geram sgt kat org yg suka nak marah2. Tah kenapa tah.. nak menopaus agaknya muda lagi....
Tadi masa aku nak solat zohor.... ada 2 manusia dok pegang2 beg berisi tudung.... depan ni dok meniaga tudung kat surau...
aku just pandang dari jauh... mcm2 kaler...
sambil ambik telekung and bentang sejadah aku saje la tanya... dah ada ke org ambik. Ye la... aku ni dok gerak2 ambik telekung la apa la.. agaknya tak dgr dia ckp tak de.. aku dgr senyap jek... aku tanya lagi. Tak dak org beli lg ke... apa lagi melenting la minah ni... apa la kak **** berapa kali nak ckp... bla... bla .. bla.... tanya lagi.... belinya tidak... hish... bla.. bla.. bla...
Aik? tu pun nak marah ke.... aku tak dgr td. Pas tu aku pun blah pi ambik air sembahyang... dan semayang....mmg ada intention nak ambik gak.... beli utk mak mentua aku ke... (mak aku mmg tak pakai tudung bawal). Bila dah dia pot-pet aku pun maleh nak beli.

Pas tu kan... minah ni jugak penah dok kutuk2 aku sbb tak tau nama2 ulam. Gilo ko apo.... dah aku mmg dibesarkan di bandar... mmg ler aku tak tau nama ulam2. Bukan aku tak mkn ulam... cuma aku mmg tak teror la bab2 nama2 ulam2 nih. Macam ni punya org pun ada... tah pa pe tah.... sekian rasa geram hari ini terus diungkit kisah geram dolu2.

Wednesday, July 2, 2008

Sagging Breast

Td tgh aku dok kusyuk buat keje menggunakan SAP system... ada la sorang kakak kat ofis aku dtg kat tpt aku....niat dia baik la... give sincere teguran. Dia mendapat tahu bahawa aku expreess breastmilk menggunakan tangan. Kakak ni ala2 tukang urut. Dia ada bukak beauty shop. Mmg keturunan pandai urut2 org....

Dia bagi tau la.... kite tak elok banyak sangat tekan2 breast. kalau nak urut pun kat bhgn atas je.... seeloknya guna breast pump utk keluarkan susu. Dia kata untuk masa depan U juga. Dia kata dia dah jumpa ramai yg dah anak 3,4.... bila tak menyusu dah.... breast mmg akan kendur dan kosong.... dia kata kalau dah jadi mcm tu... payah nak naikkan balik dah.

Aku masa tu dah seriau dah sah2 aku pam guna tgn. Bukan aku tak nak pam guna breast pump. Aku ada breast pump.... Avent punya. Puas aku cuba.. sampai aku give up sbb susu kuar sikit sgt. Bayangkan la susu keluar 1 oz jek ... aku dah perah 45 minit dah. Sape yg tahan kan? Bila aku guna tgn boleh dapat 6-8 oz dlm masa 20 minit.

Aku punya aim lepas ni nak cuba guna electric breast pam jek. Tapi bayangkan... kalau aku beli beratus2 tiba2 tak leh kuar gak susu.... mmg pengsan aku.
Tu yg masa 2nd baby... aku malas dah nak fikir fasal breast pump..... aku terus jek menggunakan tgn. Tambahan aku dah buat kajian kat internet.... org putih pun ada gak yg guna tangan.

Sedikit latar belakang fasal 'kakak' tu...
Umur 42. Janda. Anak 3. Baru je kawin dgn boss aku sendiri.... yg umur dlm 37. Kakak ni kalau korang tgk body mmg tip top... tak dak langsung spare tyre. (bak kata sorang vendor ni: dr belakang fuyoo.. mcm model.. tgk depan... alamak!) bos aku lak sblm kawin ngan kakak ni... ada bini... mmg 10x lebih lawa dr 'kakak' ni. Anak dah 4 pun. Yg bongsu tak sampai 2thn. Diorang dah divorse. Sedih kan? Bila fikir2 balik.... ada sebab kenapa bos aku ni berkenan kat 'kakak' ni...
hishhh..... takut aku fikir benda2 mcm ni. Depan mata aku berlaku semua2 nih... Na'uzubillah....mintak dijauhkan.
Yang aku sedih ada la org2 ofis ni jugak junior bos aku masa belajar dulu.. Dia kata masa bercinta mmg mcm belangkas.. Berdua je.... Tu la... laki.... bila dah berpangkat besar byk pulak masalah lain timbul.