Thursday, July 17, 2008

Tido vs katil

ni ler katil Hannah... (katil Hakimi dulu)... ni ler bilik aku berpantang dulu

Kami memang tido sekali dgn anak2.... Cuma Hannah tido dalam baby cot. Hakimi tido dgn kami atas katil. (mujur beli katil King)... Hannah mmg tau baby cot tu tampat tido dia... letak je...lepas susukan.. dia golek2 terus tido.... Agaknya sbb balik je dr hospital... mmg situ la tempat tido dia.. Tapikan skrg ni Hannah dah makin besar... makin lasak.... penah sekali tu Hannah jengket2kan kaki dan nak capai barang yg dia baling atas katil.... sampai terjatuh dia dr baby cot tu. Ya Alllah bahya sungguh. Masa tu aku tgh solat.. dgr dia menangis terus jek terhenti solat. Nasib baik la mama letak baby cot tu betul2 sebelah katil mama....



Agaknya katil Hannah tu tak tinggi pintu dia... sebenarnya katil tu Hakimi punya dulu.. yang mak tok dia hadiahkan... tu yg kami tak beli katil lain... Yang pilih katil tu pulak adik aku yg belum kawin masa tu. Dia main belasah je la beli.... Kalau kami sendiri yg beli... mesti kami consider la segala2 ciri2 keselamatan. Sudahnya buat sementara ni kami letak Hannah dalam katil tu utk tido sahaja....

Kami tgh plan nak letak 1 tilam bujang kat bawah sama ada... Hannah atau Hakimi yang akan tido bawah.... ada gak plan nak beli katil baru tapi takut tak berbaloi sbb Hannah pun dah nak masuk setahun. Bagus gak idea adik aku buat built in bed.... dia buat katil saiz king + ada katil yg boleh ditarik kat tepi. senang bila dah ada 2 anak nanti.

No comments: