Masuk je rumah aku akan simpan EBM dlm peti ais. Masak air…. Hakimi sekarang ni ada peel tak nak minum susu kat sekolah. So.. dia balas dendam kat rumah. Sejam sekali minum susu. Kadang sejam 2x.
Lepas tu terus kuarkan bahan apa yg nak masak. Biasanya hubby dah inform apa nak masak…. So dia suh kuarkan la…. kadang2 dia rahsiakan jugak. Konon2 surprise la tu. Pas tu masukkan segala pinggan mangkuk yg dah kering dalam cabinet….. masukkan pakaian kotor dalam mesin…. Clearkan bag2 sekolah anak dgn pakaian kotor…. Rendam botol susu bekas letak EBM, pam susu dlm pencuci (aku guna Pureen punya). Settlekan apa2 yg patut kat dapur dan apa yg anak aku nak. Biasanya lepas2 tu aku akan susukan Hannah depan TV (sambil tgk Spa Q kat TV kecik jenama China. TV utama Hakimi dah conquer Playhouse Disney… tgk kejap je pun….lepas tu Hannah dah ngamuk nak bukak nasyid la.. nursery rhymes la…). Tapi semenjak seminggu dua ni… dia dah tak beria minum nenen lepas mama balik keje.. tunggu lama sket baru dia minum.
Agak2 bawah dah settle n hubby nak mulakan aktiviti dia sebagai chef…. Aku pun naik atas…. Sambil2 sejukkan badan…. Sambil iron baju ke.. tudung ke…. Pas tu mandi…. Solat maghrib. Lepas tu turun balik tgk2 apa yg patut.. Kalau sempat lipat kain terus kat bawah depan TV. Kalau tak.. biasanya lepas makan baru lipat kain. Bila aku turun je… selalunya hubby dah hampir siap nak masak…. Kalau belum siap pun dia akan berenti sat mandi n solat maghrib…. Aku lak tukang buat air teh n hidang makanan. Sudahnya jadi la aku makin hari makin gemuk… Sbbnya hubby hari2 cuba resepi n masak itu ini…. Aku ler jadi bahan experimen dia…. Kalau ada makanan lebih…. Aku la yg kena masak sbb nak buang sayang…. Kalau simpan utk esok…. Aku juga yg kena makan sbb hubby mmg tak suka mknn lama. Sabar je la…. Dah rasa bagai dipam2 skrg ni….
Popiah made by hubby on Monday... dlm tu inti dia mcm inti samosa (inti daging + kentang)
Fish n chip by hubby on Tuesday..... (gigih laki aku lenyek kentang n buat gravy dia)....
Tapi kalau weekend biasanya aku la yg masak. (adakah ini statement nak cover line?)
nota kaki : dari ke hari.... asal timbang je jarum penimbang ada pertambahan bergerak ke kanan
3 comments:
vadevasssss..
aku dah ada double chin nyahhH!!! tak payah nak refer jarum penimbang pun dah tau kesudahannya.. kekeke
sedap nyeee......
Yan,
ayoyo.... skrg mau timbang manyak takut maa...
Rizza,
part makan mmg best.... hasilnya? badan jadi ...
Post a Comment