Tuesday, June 30, 2009

Aku berjaya.... thanx ML!

Thanx ML for the tutorial!



Ni gambar masa pregnantkan Hakimi. Cuba teka di mana?
Apakah motif gambar ni? Dulu masa pregnant pun tak nampak gemuk sangat. Sekarang? Tak pregnant pun orang kata pregnant.


p/s : tapi kenapa mcm tak blur sangat pun?



Hannah & Manjalara

Biasanya kalau aku mandi lepas waktu petang lepas balik keje.... Hannah akan duduk bawah dengan abang & abahnya.... kalau dia ikut sekali naik atas masuk bilik.... sure dia nak mandi sekali. Tak pernah sekali pun kalau aku mandi dia tak nak ikut sekali. Mesti gak nak join. Kalau aku biarkan dia main mainan dan tengok Tv pun.... tak sampai 2 minit... dia dah ketuk2 pintu nak masuk.... dah siap tanggalkan baju dan pampers sendiri. Baju je kalau ada butang dia tak reti bukak. Jangan kata aku... even abang dia masuk bilik air be**k pun dia nak masuk sama.

Semalam for the first time.... aku mandi... siap syampu rambut... cuci muka.. aku tertunggu-tunggu juga dia ketuk pintu bilik air nak masuk.... senyap je..... ingatkan Hannah tido.. sebelum tu baru nenenkan dia. Rupanya.... lepas keluar je bilik air.... Hannah kusyuk tengok Manjalara.... ye.... aku dah khatam ceta tu masa mengandungkan Hannah. Malah dalam pantang dan masa kat hospital masa tunggu nak bersalin juga aku tengok ceta tu.... masa mengandungkan Hannah, my hubby kena keje KL.... balik weekend je... so.. my parents dok dengan aku. Memang balik keje je makanan dah siap masak..... baju pun mak dah tolong lipatkan. hehe... tu yang banyak sangat masa nak tengok TV. Memang hari-hari lepas balik keje... sempat tu mandi... pas tu tengok ceta Manjalara sambil makan nasi. Agaknya Hannah teringat-ingat ceta tu macam penah tengok agaknya. hehehe..




Monday, June 29, 2009

Susu oh susu...

Huhu.... pagi tadi aku pam susu... dapat 3oz je. Sungguh menyedihkan. Nak dapat 3 oz tu pun.... punya lama aku dok pam.... aduhai... apalah nasib aku petang nanti....

Hari ni aku puasa.... mungkinkah sebab itu? Mungkin juga... Aku perlu makan dan minum benda-benda yang boleh banyakkan susu. Kena cari balik makanan yang boleh banyakkan susu secara drastik....



Friday, June 26, 2009

Amarah

Pagi ni aku sungguh happy... mood aku sungguh baik.... aku berpuasa untuk 3 hari berturut2.... plannya nak puasa sehari je... langsung jadi 3. Alhamdulillah.

Tapi tadi pukul 11 ada sorang budak jantan kat ofis aku buat aku rasa marah, geram, sedih, rasa nak nangis (dah nangis pun). Aku pendamkan je dalam hati... tak terbalas..... aku puasa.... ye... puasa mengajar kita menahan sabar. Lantas aku ambil perkakas nak pam susu ke surau.... mula-mula aku ambil wuduk.. dah alang-alang berwuduk aku solat dhuha.. menenangkan hati.... aku menangis teresak-esak. hanya tuhan yang tahu. Aku bukan jenis meminta simpati... menangis tunjuk-tunjuk pada orang. Ini la dia.. manusia... bila dia rasa sudah berkuasa.... punya pengaruh.... eleh.. exec je pun. Bezanya gaji dia je besar dari aku... dan dia org lama.. pengaruh ramai. Patutkah aku doakan dia sengsara? Tak baik kan doa kan keburukan orang..... Aku bukan ingin doakan keburukan.. aku cuma nak dia rasa apa yang aku rasa... Sungguh... saat ini aku rasa macam nak pi tempat dia pi tumbuk je muka dia.... tapi aku masih waras. sabar.. sabar....




Wednesday, June 24, 2009

Rejab

Hari ni aku berpuasa setelah lama tak puasa sunat. Kira macam praktis untuk aku la.... kang masuk Ramadhan terkejut pulak perut aku... macam budak kecik la rasanya kena praktis-praktis. Last aku puasa rasanya masa puasa 6 bulan Syawal dulu. Harap-harap betahan la sampai petang... Selama ni kat ofis asyik makan je..... Target aku nak puasa Isnin, Khamis.... kalau tak larat sangat dapat sehari dalam seminggu pun dah cukup bagus.

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."



Hannah @ 22 months

Hari ni Hannah masuk 22 bulan... Syukur.... aku masih breastfeed.. cumanya sekarang ni pam dapat dalam 4 oz je.... jadi la untuk buat stok tambahan je... in case of emergency. hannah bukannya minum susu pun kat nursery....
Teringat aku masa Hakimi dulu.... masa umur 22 bulan ni la dia stop brestfeed... lepas je aku intoduce formula.. dia merajuk tak nak nenen aku dah.. Aku yang over asyik offer dia.... tapi dia tak nak..... Aku memang niat nak tandem nursing masa tu... tapi susu aku punya la merundum dan aku punya mabuk sangat teruk.... 3 bulan aku tak makan apa pun... just makan buah je. Masa tu memang frust la.. tapi aku bersyukur sebab mampu juga breastfeed walaupun tak seperti yang aku harapkan.

Hannah boleh la cakap sepatah dua.. macam air (tp dengar bunyi yer je...), kalau kite dok marayu dia cakap please... dia pun ikut juga tapi dengar bunyi 'pisssss' je...

Kalau dia buat perangai ke apa ke... senang je nak pujuk.... tunjuk bedak.. lotion ke... apa-apa saje la barang make up atau skin care.. terus dia senyap. Hannah suka mengusik abang dia.... kalau mood abangnya baik... memang la dia buat lawak... tapi kalau datang angin kus-kus dia... kadang-kadang dia belasah je adiknya.. kesian aku tengok.. dah la Hannah ni kecik je....

Sekarang ni nak beli apa pun kena beli dua.. kalau tak... hmmm... berebut la... beli buku kaler kena dua.. apa-apa saje la kena dua. Cuma kalau macam benda tu keperempuanan dan kelelakian puas aku pujuk tak boleh beli sama.




Thursday, June 18, 2009

lunch vs movie

Boleh ye... 3 kali lunch aku dok layan ceta hindustan ni.. Ghajini.... ceta dia BEST!!! Cuma part2 lawan2 masa last tu jek aku tak suka.



Hero & heroin filem Ghajini

Suka sangat masa part camana depa kenal tu....

Hmmmmm.....

Tadi masa pi surau... walaupun tak boleh solat.. pi juga untuk cuci muka. Lepas-lepas cuci muka masa nak tunggu muka kering dan na pakai moisturizer ada la 1 group ni dok sembang apa tah. Biasa la.... sambil2 tenyeh moisturizer aku tegur2 la juga depa yang pun sama tengah touch up muka....

Sambil depa dok ceta-ceta tu terkeluar la.... depa dok kata ada la orang tah sape kata aku ni gemuk. Aku pun balas je la... hmmm... dah orang ke 999 kata macam tu.... Aku bukan la kecik hati ke apa ke... dah memang betul. Tapi apa kena mengena... apa yang sibuk sangat. Biar la aku gemuk ke apa ke.... eeeiiii...


Monday, June 8, 2009

Tag Islam




1) COPY gambar amal Islam diatas.

2) kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkanmereka melakukan perkara yang sama

3) itu sahaja..senang dan mudah.... (yang dah dapat pun saya letak je la ye)

1. Ealyie
2. Umi Sufira
3. Rizza
4. Cik Yan
5. Mimielola
6. Fid
7. Kak Ana
8. Erna
9. Mrs Noba
10. Mama Lisa



Friday, June 5, 2009

Genting Day 2

Lepas je solat subuh hari ke-2 tu.... aku siap2 breakfast dan terus pi outdoor. Actually memang dah plan pun. Pagi2 memang best. Dah la fresh.. anak2 pun mood baik la sangat. Hakimi punya la senang bangun. Bisik je kat telinga.. Hakimi nak main tak mainan best macam semalam.. dengar je mama dia cakap macam tu terus je bangun and senang je nak mandi. Cuma hannah je kami tak mandikan..

Breakfast dekat First World Cafe... punya la ramai orang.... aku lak bila tengok ramai cina terus la tak selera nak makan...terus je imagine macam2.... makanan tengok semua tak lalu. Pas tu nampak la ada 1 kaunter ni chef melayu ni tengah buat scramble egg. Ok la... ni kompem la Melayu masak.... aku mintak la lebih sket... sebab dah itu je yang kompem aku nampak dengan mata melayu yang masak.... tapi disebabkan keliling semua cina.... bluekkkk... keluar balik makanan tu.. Ishh.. sungguh la macam2 imaginasi aku nih. Hakimi memang cakap awal2 tak mau makan sebab excited nak main... Conclusionnya aku minum air je pagi tu..

Lepas breakfast la kengkononnya kami terus pi beli tiket outdoor... dan saru persatu permainan kami main. Mostly yang untuk family & kanak2 la.... Yang bestnya tak sampai 2 jam... dah boleh cover 10 mainan. Cuba mai waktu dah pukul 12 ke atas.. jenuh la nak beratur.....


Ni benda pertama kami naik on 2nd day..... kami orang pertama naik rasanya..... terus pi naik dan banyak lagi train masa tu....drive la kunun!


Datang awal pagi... boleh ler orang yang jaga tu layan ambikkan gambar.. cuba kalau orang dah ramai.....


Hakimi excited naik cup... Tapi aku pening la naik menda ni..


Hannah pun excited sangat.....

Wednesday, June 3, 2009

Genting Day 1

Akhirnya berjaya juga aku bawak Hakimi naik Cable Car (yang dia sebut-sebut masa pi Cameron Highland hari tu). Kali ni kami dah siap2 booking hotel online..... memang tak daya la kalau pi balik hari....

Dari Selayang kami bertolak awal dalam pukul 8.15 singgah mcD drive thru breakfast dalam kereta je pun... Hakimi yang exited tak nak makan. Sampai Genting awal.... dalam pukul 9 lebih... terus ambik skyway. Memang heaven sebab tak payah Q....sampai2terus masuk dalam cable car. Sebelum pukul 10 kami dah sampai ke atas.... terus je menapak ke First World hotel check-in...Tapi awal lagi.... kami simpan beg kat tempat luggage. Lepas tu terus la kami beli tiket indoor.... Dr tengahari sampai ke malam kami spend masa indoor jek... mula2 ingat nak pi outdoor waktu petang tapi hujan pulak.... memang kami main sepuas2nya la kat dalam.... 4x Hakimi & Hannah naik merry-go-round...2x naik Gondola....2x naik apa tah yang pusing2 macam eye on malaysia... Target kami nak masuk Snow World....tapi Hannah tak lepas la pulak. So.. ada la alasan untuk pegi lagi. Haunted House pun tak masuk sebab mak dan anak takut. Maka kami main2 je la mainan kat dalam tu sampai nak muntah... Mainan budak2 je pun....

Sepanjang kat sana..... kami makan fast food je. Tempat makan lain macam semua cina punya je. Lunch makan KFC, Dinner kat Burger King.





Budak2 ni suka betul naik merry-go-round ni


2x naik benda alah ni.. 2x gak la aku breastfeed Hannah.... tu Hannah tengah ready nak nenen!


ni la budak yang kononnya kenyang... tengok makanan depan mata.... bedal aje. hakimi nak main air bawah tu.. next time ye.... mama tak bawak kelengkapan mandi la


Hannah beria hirup sup



Mula2 hakimi takut nak naik car ni... tp lepas naik sekali... malam dia nak naik lagi.. tapi untuk 2nd round hannah tak lepas la pulak.. terus je Hakimi tak mo naik kalau adiknya tak naik sekali



Hakimi yang kusyuk memandang patung yang bawak Gondola... 2x tau naik....padahal masa zaman2 bujang dulu tak hingin naik.

Ok.. nanti sambung lagi... cuti 2 hari.. kerja tertangguh la....