Wednesday, June 3, 2009

Genting Day 1

Akhirnya berjaya juga aku bawak Hakimi naik Cable Car (yang dia sebut-sebut masa pi Cameron Highland hari tu). Kali ni kami dah siap2 booking hotel online..... memang tak daya la kalau pi balik hari....

Dari Selayang kami bertolak awal dalam pukul 8.15 singgah mcD drive thru breakfast dalam kereta je pun... Hakimi yang exited tak nak makan. Sampai Genting awal.... dalam pukul 9 lebih... terus ambik skyway. Memang heaven sebab tak payah Q....sampai2terus masuk dalam cable car. Sebelum pukul 10 kami dah sampai ke atas.... terus je menapak ke First World hotel check-in...Tapi awal lagi.... kami simpan beg kat tempat luggage. Lepas tu terus la kami beli tiket indoor.... Dr tengahari sampai ke malam kami spend masa indoor jek... mula2 ingat nak pi outdoor waktu petang tapi hujan pulak.... memang kami main sepuas2nya la kat dalam.... 4x Hakimi & Hannah naik merry-go-round...2x naik Gondola....2x naik apa tah yang pusing2 macam eye on malaysia... Target kami nak masuk Snow World....tapi Hannah tak lepas la pulak. So.. ada la alasan untuk pegi lagi. Haunted House pun tak masuk sebab mak dan anak takut. Maka kami main2 je la mainan kat dalam tu sampai nak muntah... Mainan budak2 je pun....

Sepanjang kat sana..... kami makan fast food je. Tempat makan lain macam semua cina punya je. Lunch makan KFC, Dinner kat Burger King.





Budak2 ni suka betul naik merry-go-round ni


2x naik benda alah ni.. 2x gak la aku breastfeed Hannah.... tu Hannah tengah ready nak nenen!


ni la budak yang kononnya kenyang... tengok makanan depan mata.... bedal aje. hakimi nak main air bawah tu.. next time ye.... mama tak bawak kelengkapan mandi la


Hannah beria hirup sup



Mula2 hakimi takut nak naik car ni... tp lepas naik sekali... malam dia nak naik lagi.. tapi untuk 2nd round hannah tak lepas la pulak.. terus je Hakimi tak mo naik kalau adiknya tak naik sekali



Hakimi yang kusyuk memandang patung yang bawak Gondola... 2x tau naik....padahal masa zaman2 bujang dulu tak hingin naik.

Ok.. nanti sambung lagi... cuti 2 hari.. kerja tertangguh la....

5 comments:

Mrs. H said...

wallah! agak gumbira nampaknye hakimi ye.. saya pun mengikut perancangan memang nak gi genting last week, kalau tak mesti saya akan terlihat akak kat situ kan.. ngeeee...

::Umi Sufira:: said...

Amboi seronoknya jalan2...tapi yang penting tudung kaler pink marisa pakai tuh lawooo!!!:)

mamaDhea said...

pegi ber-3 je?

mamalisa said...

bestnya jenjalan ek, yg penting anak happy..ko nampak kurus & vogue je dgn tudung pink very the nice tuh?

Marisa said...

Mrs.H,
memang semua pun gumbira.... tak pe....U boleh pi next time....


Umi Sufira,
mmg seronok ler...
hikhik... malu i... tudung tu saya kirim kat seseorang dari JB

mamadhea,
pergi ber-4.... tak letak lak gambar hubby

mamalisa,
aku nampak kurus? sungguh mengejutkan! yang sebenarnya gambar yg nampak lagi gemuk... mesti la off record