Friday, May 29, 2009

Planning

Tomorrow I'm going to KL..... plannya hari Ahad nak ke sini:





Award dari Pizza Rizza




1. Copy badge "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
-Done

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

-Rizza. Saya kenal Rizza dah lama... rasanya dari hujung tahun 2005 ataupun awal tahun 2006 melalui forum SI. Dulu2 saya selalu buka fotopages dia.... lepas dah tau Za ada blog.... buka blog la pulak.... Saya sangat suka bukak blog Rizza sebab padat dengan ilmu. Memang sungguh rspek la dengan Za nih... Aku ni rasa Za sesuai jadi cikgu. Anak dia Hassan sungguh memberi inspirasi pada aku nak ajar anak2 aku.... yang best Za pro breastfeeding.... tu la titik permulaan macamana kami kenal. Rizza juga rajin buat kek dan pizza

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

-Saya sayang nak guna barang yang baru beli. Simpan dulu 2,3 minggu... kadang sebulan baru guna

-Saya suka pakai lotion.. tangan rasa sangat kering. bak kata ML saya minum lotion.

-Saya tengah ingin pakai tudung munawwarah yang dibelikan oleh seseorang

-Saya teringin nak kurus balik

-Saya suka pakai perfume. Sehingga mau tido pun saya pakai perfume....

-Saya suka makan coklat...

-Saya suka makan tempe

-Saya tengah tunggu masa nak pi pam susu

-Saya sangat PRO breastfeeding..... tapi saya tak cerita kalau orang tak tanya

-Saya seorang yang tidak pandai melawa

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

The Blogger Award Friendship goes to:

1. Lolalempicka (walaupun ko dah dapat dr org lain)

2. Fid (tima kasih untuk segala ilmu yg dikongsi)

3. Erna (yang sangat anggun pakai tudung pesen baru)

4. Sue Kassim (kawan semasa U yang aku kantoi blog)

5. Cik Yan (yang sering membantu aku yang buta IT)

6. Ealyie (yang sungguh baik hati)

Sunday, May 24, 2009

Hannah @ 21 months

Yo!Yo!Yo! another 3 months to go!!!!
Alhamdulillah... masih full breastfeed. Cuma seperti entry yang lepas.... saya agak mengelat sebab Hannah tak minum EBM. Sanggup tu dia tunggu mama dia balik keje minum minum nenen.

Yup! Saya masih mengepam. 2x sehari.... kalau ada training je saya pam 1x sehari....
susu ok la.. so-so... dapat tak la byk sgt.... sekali pam dalam 4-6 oz.... tapi yang selalunya 4 oz je la.... Apa saya buat dgn EBM banyak? Yes! For Hakimi.... saya ni kita tandem nursing ke kalau macam ni? hehehe.....



Hannah yang suka melawa.. kusyuk memakai sample toner mama...



Friday, May 22, 2009

Uniform

Hari ni orang pompuan ofis aku semua pakat-pakat serbu wash room.... masing-masing menerai uniform baru. Gini ler kaedahnya kalau keje pakai uniform.... bila dapat uniform semua excited giler... macam dapat baju raya.... macam-macam peel dan komplen.... ada yang dapat singkat.... ada yang sendat cam sarung nangka.... ada yang sudah la besar dan lebar baju tu... singkat pulak... huduh sungguh. Kali ni aku punya consider ok la.... kalau tak selama ni ada je yang tak kena.... tahun lepas dapat lengan baju singkat.... baju pun pendek... last2 bagi kat budak baru masuk yang badannya selim.... aku pulak.... pakai baju orang yang nak resign....

p/s: Masuk tahun ni.... hampir 7 tahun aku kerja pakai uniform. Lepas ni kalau dapat keje tak pakai uniform jenuh la aku nak pi beli baju sebab baju sangatla limited.

Thursday, May 21, 2009

Exam

Minggu ni Hakimi exam mid term. Macam tak leh percaya je anak aku yang umur 4 tahun tu nak periksa. Aku ingatkan tadika 4 tahun ni just untuk kenal2 je.. rupanya ada exam juga...

Semalam aku tanya Hakimi... macamana periksa? Hakimi confident je jawab. Ok.
Aku tak puas hati lagi. tanya lagi... Boleh jawab ke? hakimi confident lagi... Boleh.

Entah apa soalannya pun aku tak leh imagine. Aku agak la... mesti kena tulis ABC kot... hari ni Hakimi Exam English. Diorang belajar guna buku Peter & Jane. Boleh la.... dah banyak juga la dia kenal huruf. Baru Buku 1. Tapi tak habis lagi...

Perasaan mama bercampur-campur.... kesian hakimi... kecik2 dah kena sogok dengan exam. Tapi Hakimi nampaknya belum betul2 faham apa tu exam.

Tajuk

Korang perasan tak sekarang ni banyak betoi tajuk cerita / drama yang guna nama orang. Especiallynya nama perempuan la... Macam trend pulak ye....

Manjalara
Rozanna
Bella
Ezora
Suria Kasandra
Embun Mutiara
Julia Juli
Intan Asmara
Iris

yg ni tajuk ceta nama lelaki:

Yusuf
Merah Putih

Yg ni pulak tajuk dia ada nama gak walaupun campur denga perkataan lain:

Diari Ramadhan Rafiq
Cinta Untuk Ain
Kisah Kaisara
Air MAta MAria

Banyak lagi sebenarnya... tapi cam lupa lak


Wednesday, May 20, 2009

Cinta Untuk Ain



At last semalam berakhirlah drama yang aku ikuti setiap hari Selasa. Cinta untuk Ain. hehehe... ceta simple je... tapi aku suka.... lagu latar dia pun best.... tanpa...
Ish... aku rasa mcm aku ska la kat Que Haidar tu.... Watak romantik boleh, kelakar boleh, jahat pun boleh.

p/s: Aku suka la baju2 yang Nabila pakai dalam ceta tu... so muslimah.... nampak cantik la pulak si Nabila ni....


Tuesday, May 19, 2009

Hakimi nak nasi!

Semalam Mr. Hubby balik lewat keje.. makanya aku malas la nak masak. Tau je la tak terhandle aku kang... ok la....makanya smlm kami beli je mknn. Mr. Hubby beli nasi goreng pataya utk dia, aku mkn kuey teow. Hakimi request nak mkn burger.

Ok la... kami as usual... Hakimi tak nak mkn lagi time tu... konon kenyang.... dah tinggal sikit nasi goreng Mr. Hubby tiba2 Hakimi kata nak nasi. Alamak! Dah tinggal sikit. Sebelum kami makan dah tanya nak nasi ke tak nak.. dia kata tak nak. Elok dah nak habis nak la pulak... maka balance semua Hakimi yang makan. Tapi dia nak lagi.. lepas pujuk2.... ok la.. dia tak nak. Tapi dalam pukul 11 malam.. Mr. Hubby bagitau tiba2 dia kata nak nasi. Masa tu aku dha dalam bilik tidokan Hannah. Mana mau cari nasi malam2 buta ni ha... Pujuk2 kata esok baru dia ok....

Pagi tadi lepas mandi dan pakai baju sekolah Hakimi terlelap sekejap atas katil Bila aku kejutkan dia bangun masuk dalam kereta.. dia menjerit.. nak nasi! nak nasi! Ya Allah.. kesiannya la anak aku. sampai mengigau2 nak nasi.... Tadi masa hantar kat tadika.. nampak la teacher dia pegang sebakul nasi lemak... rupanya pg ni breakfast nasi lemak. Lega aku... dapat juga HAkimi makan nasi. Tadi petang lepas ambik je Hakimi dari sekolah benda pertama dia sebut lepas masuk dalam rumah nak nasi. Aku buat ler nasi goreng kat dia. Sungguh puas hati Hakimi makan nasi gorenbg sepinggan licin licau.

p/s: Hakimi ni jenis ingat. Jangan la pandai2 nak berjanji kalau belum pasti. Memang dia akan tuntut.

Saturday, May 16, 2009

Hakimi turn 4

Alhamdulillah..... today Hakimi masuk 4 tahun. Macam tak percaya je Hakimi dah besar.... dah masuk tadika pun.... teringat2 lagi masa Hakimi kecik2 dulu...

Hakimi pun macam budak besar je.... dah pandai komplen kata mama beli baju besar kat Kimi.... (ye la... Kimi kan nak membesar..... kang beli baju muat2 pakai sekejap sangat. Kasut raya Hakimi pun dan pakai 4-5 bulan je.... lepas tu nak masuk kaki pun tak boleh dah.

Hobi Hakimi sekarang tengok Playhouse Disney. Sampai mama susah hati la.... Siap mama ugut2 Kimi lagi nak jual TV kalau Kimi noti.

Hakimi ni kelebihan dia menghafal.... cepat betul dia mengingat. Buat masa ni Hakimi dah lancar baca Al-fatihah, Al-Asr, Allahummaftah-alaina-, Robbish Rohli, Doa Makan, doa tido, macam2 la nasyid yang dia belajar kat sekolah..... rukun iman....nama2 nabi (tapi tak full lagi) etc....Alhamdulillah.

Mama harap Hakimi akan jadi manusia yang berguna.... berjaya di dunia dan akhirat. Tak pe la hakimi noti sket masa kecik2 ni... biar la mama letih lap makanan yang Hakimi tumpahkan.. letih melayan kerenah Hakimi yang macam2....janji besar nanti Hakimi jadi manusia yang boleh mama banggakan. Amin.

p/s: Happy teachers day too to all teachers!!!!


Welcome Hakimi!!!!


Hakimi @ day 1



Hakimi @ 5 months (sungguh montel)



Hakimi 1st birthday



Hakimi @ 2 years



Hamiki @ 3 years



Hakimi @ 4 years





Friday, May 15, 2009

Teringin juga

Credits to : MS Lola & Ealyie




wow.. kurusnya I dulu......

Wednesday, May 13, 2009

Tag lagi!

Tag lagi...by my fren Sue

5 Names I go by

1. Mona (from my friends)
2. Marisa (Cyber nick name)
3. Mon (from my friends also)
4. Kak Mona (normally yg muda2 la panggil I)
5. Mama (from my kids)

5 Jobs I have had in my life

1. Practical trainee in Waste Water Engineering
2. Keje kat company buat keta Kancil
3. Jadi nurse kat klinik gigi masa cuti semester
4. Jadi kerani accounts kat Marketing Co. (lepas final exam, final sem)
5. Mother of 2 and wife

5 Places I have lived before

1. Taman Sri Melati, Selayang (1979 - 2003)
2. Matric UIA, Lembah Pantai (1996-1998)
3. UIA Gombak (1998-2002)
4. Putrajaya (2003-2006)
5. Bukit Sentosa, Rawang (2002-2006)....working life

5 TV Shows that I watch currently

1. Desperate housewives
2. Cinta untuk Ain
3. Mickey Mouse Clubhouse (rancangan feveret Hakimi)
4. Semanis Kurma (Talk show agama)
5. Malaysia Hari Ini (tgk sambil2 siap2 nak pi ofis)

5 places I have been

1. Langkawi (honeymoon dan beberapa kali lg la...)

2. Terengganu (Pi dgn kawan2)

3. Cameron Highland

4. Melaka

5. Johor

*** kesiannya.. tak penah pi oversea lagi.....

5 People that e-mail/contact me regularly

1. Hubby
2. Family
3. Member ofis (email)
4. Kawan2
5. Ntah sape2 org marketing nak buat promosi itu ini

5 of my favorite foods

1. Sambal goreng (ni masakan jawa)
2. Ayam masak kicap
3. Masak lemak ketam
4. Soto
5. Mee bandung (kena buat sendiri.... sbb kat Kedah tak dak 1 tempat pun yang sedap)

5 things I would like to do

1. Menjadi ibu yang dihormati.... baik hati tetapi tegas (tapi susahnya)
2. Menjadi isteri yang solehah..... (kena kurangkan membebel nih)
3. Start baking (dari dulu pun cakap tapi bila tengok lepas buat letih mengemas.... terus stop)
4. To be able to teach my kids at home (sama macam Sue.... tapi bukan semudah disangka... yang abang sibuk dengan kartunnya)....How I salute Rizza, Nor, MamaFiza, etc.
5. To become a better cook. (sama mcm Sue juga....skrg ni skill memasak masih tak dibanggakan)

5 Things I am looking forward to

1. Hish... otak tengah serabut.. semua bercampur aduk. Tak leh nak tulis skrg. hehe. Alasan!
2.
3.
4.
5.

5 friends I think will respond

1. Erna (yg sungguh bz skrg ni)
2. Ealyie (yg ayu jelita pakai tudung ariani)
3. Rizza (cikgu pakar)
4. Ms Lola (yg sungguh bergaya dalam apa jua keadaan)
5. Mrs Noba (yg baru balik bercuti)
*** tak sure la korang dah buat ke belum

Sunday, May 10, 2009

Happy Mothers Day!!!!

Happy mothers day to all mothers...

We all dah celebrate mothers day last saturday.... sebab masa tu semua orang ada kat rumah.... kami makan2 kat Kenny Rogers je.... ok la kan? yang penting celebration....

My mom so happy la.... sekali-sekala makan luar... kalau tak. dia yang pening nak masak apa.

Nota: Semalam kami makan KFC kat Tesco SP.... satu sorang mak cik tua...(India)... senyum je... happy sangat muka dia. Rupanya... anak lelaki dia belanja dia makan. Depa celebrate mothers day.

Friday, May 8, 2009

Peniaga penipu

Perasaan marah dan geram aku tak hilang lagi ni. Pantang betul aku kalau peniaga menipu. Tak kira la amount dia kecik ke besar ke. Pokoknya MENIPU.

Hari ni laki aku outstation ke KL.. maka malas la aku nak masak. Aku bawak ler Hakimi dgn Hannah pi makan kat 1 restoran berdekatan kawasan rumah. Aku order kue teow goreng dgn nasi ayam (READ: nasi sahaja tanpa ayam dan sayur dgn sup kosong). Air aku ambik air mineral sebotol.. pas tu bungkus kuih karipap 3 ketul.

Masa dah nak bayar aku tu.... aku suruh dia kira. Boleh dia kata RM8.50. Tak logik langsung. kalau dok KL lain la.... Pas tu bukan 1st time aku makan kat situ.

Aku kata betul ke Rm8.50? Dia poyo gila kata Ya. Nak menipu aku....

Aku mintak breakdown:

Kue teow 3.20 (ada tulis kat menu... tak leh tipu)
Nasi ayam 2.50 (LOGIK KE AMBIK NASI KOSONG TANPA AYAM TANPA SAYUR DIA CHARGE
RM 2.50....PADAHAL KALAU FULL TERMASUK AYAM RM 3.50)
Banyak kali aku tanya.. aku kata mana logik harga nasi ayam rm3.50 ... nasi saja rm2.50.. habis tu takkan la ayam harga rm1..00 je. Muka poyo gila kata Ya. Ok.. next time aku nak pi beli
ayam saja. Sia tak charge aku RM1 siap dia.
Kuih 1.00
Air mineral 1.00

Total 7.70 (MACAMANA DIA BOLEH KATA RM8.50???????)

Depan-depan dia aku ambik calculator dan kira depan dia. Apa? Ingat aku dukung anak.... pegang anak sorang lagi.. aku main bayar. Pas tu kalut la pulangkan balance.

BENGONG PUNYA KEDAI.. DAH LA TIPU HARGA.. DAH TU NASI AYAM CHARGE PUNYA MAHAL. Lain la kalau memang harga sepinggan nasi ayam RM5 ke.... dah tu letak sikit lak tu sebab dia tau anak aku yang makan kot.

Ntah-ntah selama ni yang dah beberapa kali aku pi.. sure kena tipu.... laki aku dia main bayar je. Aku ni memang concern sket..... Ntah berapa ramai lagi yang kena aku tak tau la.... depa main punch harga je.... bukan kite tau pun.




Ariani vs Munawwarah - updated!


[Ariani] - muka ku tersenyum-simpul kerana banyak perkara lucu terjadi di sana

vs


[Munawwarah] - juga tersenyum simpul kerana suamiku membuat lawak ketika gambar ini diambil

Nota penting :
1. Ucapan terima kasih kepada tuan tukang beli dan tuan penjual tudung....
2. Sungguhpun aku pakai tidak cantik.... bukan salah tudung...ianya adalah kerana diriku yang semakin mengembang.... kepada pembeli diluar sana.... jangan terpengaruh dengan gambar2 ni.

Nota tambahan:
Akan tetapi..... jika ada sudi menerima kiriman saya... saya memang teringin nak munawwarah yg sarung dan ariani lagi. Tudung Ariani pink tu mak aku dah ambik da.... mak aku sungguh berkenan....


Thursday, May 7, 2009

Training @ makan besar

2 hari training.... rasanya mau boleh naik 3kg. Makan je kejenya. Kol 10.30 makan.. kol 1 makan.... ptg makan lagi. Makanan sedap2 pulak tu.

Masa 1st day training tu mula biasa la kami ambik sket2 je la makanan... bila makan sedap... terus je bangun berkali-kali pi ambik. Boleh ye pagi hari pertama training aku makan 3 keping sandwich, dgn 4 keping samosa dia yg sangat la sedapnya dan juga nasi goreng kampung.

Next week aku ada lagi 3 hari training SAP. Sure makan sedap lagi. Pas tu mula la aku susah hati camana nak turunkan balik berat badan ni.

Dulu-dulu kalau kena training je mesti aku ngelat sebab anak masih kecik. Nak kena curi masa pam susu lagi. Kena sacrifice morning break dgn tea break. Skrg ni aku pam sekali je time lunch kalau pi training. Kat ofis je pam 2x.

Wednesday, May 6, 2009

5th Anniversary Celebration



Lama tak update blog.... Last entry tu pun guna scheduled entry.... Cuti je 4 hari... sambung pulak training 2 hari. Hari ni baru masuk ofis.... Keje bertimbun....Nasib ler sempat bagi satu job kat budak practical....... kurang 1 beban. Hehehe... Budak tu pun tentu excited sebab dapat keje. At least dia dapat juga belajar something. Tapi bagi yang simple2 je la....

Kami ni mula-mula plan nak celebrate anniversary kali ni makan- makan je.. Pas tu plan nak pi Genting..... tapi ramai yang kata tak sesuai kalau pi time public holiday.. aduhai....

Actually Khamis pagi tu saya follow husband ada meeting kat KL...alang-alang.. boleh melawat my in-law. Fikir punya fikir at last kami pi Cameron Jumaat tu. Bertolak awal pagi lepas subuh.... sampai cameron pukul 10 lebih. Call hotel semua fully book.. tapi gamble je.... dah alang-alang nak balik Kedah... singgah je la....at the same time kami try gak tanya2kan hotel in case ada lagi. Ya ... memang ada.. tp yg suite... Tak kuasa la we all... semua rm400++... Yang equatorial punya Deluxe room lagi la sampai rm500++.... maka kami ambik keputusan tak jadi bermalam....

Sampai je atas tu.. Hakimi dok bising nak naik cameron... Aku cakap la... Hakimi... kita kat Cameron la ni... Sah la anak aku ingat cable car tu Cameron.... lepas ni kena pulak pi Genting.

Kami turun semula pukul 5 lebih.... on the way nak balik SP sempat lagi tu kami masuk penang pi makan seafood kat Batu Uban.... fuh! memang sedap!

Sampai rumah 12 tgh malam terus tertido keletihan.... Esoknya kami ada jemputan wedding member ofis pulak.. Tak pegi tak sampai hati pulak.

Next year kami kena well plan la.... every year akan jatuh pada public holiday. Kami kena booking hotel awal atau pun kena delay sket tarikhnya.

Bangun je solat subuh... hubby letak surprise present. Yea.. dapat jam. Ala... kite tak bagi apa pun.... sebabnya tak dan beli.... Mana ada shopping complex dekat2 ofis.... kalau pi dgn hubby... bocor la rahsia.... survey online.... cam tak jumpa je barang lelaki.... tapi ingat nak bagi gak something la.... hmm.... kira belated la.

Bila la agaknya dapat celebration berdua-duaan ye.. Macam tak sampai hati nak tinggalkan anak2....(walaupun pada ketika tu anak dah tak breastfeed)





Friday, May 1, 2009

5th Anniversary

1st May ni our 5th anniversary....wah2.... dah 5 tahun. kejap je rasa.

Kami plan mula2 nak pi cameron.... tapi sebab last minutes hitel fully book. Tengok la camana ... pi makan-makan je ke....

Aku plan nak hadiahkan something untuk Mr. Hubby. Tapi tak dak idea... tambahan duduk di kawasan jauh dr shopping complex.. payahnya nak beli barang.... kalau pi dengan dia... bocor la rahsia. Puas cari online.... banyak barang pompuan je.... Tu la... last minute lagi...

Nanti la aku dapatkan ilham camana nak celebrate 5th anniversary ni. Yang pastinya sambutan ni dengan anak-beranak.....