Tuesday, May 19, 2009

Hakimi nak nasi!

Semalam Mr. Hubby balik lewat keje.. makanya aku malas la nak masak. Tau je la tak terhandle aku kang... ok la....makanya smlm kami beli je mknn. Mr. Hubby beli nasi goreng pataya utk dia, aku mkn kuey teow. Hakimi request nak mkn burger.

Ok la... kami as usual... Hakimi tak nak mkn lagi time tu... konon kenyang.... dah tinggal sikit nasi goreng Mr. Hubby tiba2 Hakimi kata nak nasi. Alamak! Dah tinggal sikit. Sebelum kami makan dah tanya nak nasi ke tak nak.. dia kata tak nak. Elok dah nak habis nak la pulak... maka balance semua Hakimi yang makan. Tapi dia nak lagi.. lepas pujuk2.... ok la.. dia tak nak. Tapi dalam pukul 11 malam.. Mr. Hubby bagitau tiba2 dia kata nak nasi. Masa tu aku dha dalam bilik tidokan Hannah. Mana mau cari nasi malam2 buta ni ha... Pujuk2 kata esok baru dia ok....

Pagi tadi lepas mandi dan pakai baju sekolah Hakimi terlelap sekejap atas katil Bila aku kejutkan dia bangun masuk dalam kereta.. dia menjerit.. nak nasi! nak nasi! Ya Allah.. kesiannya la anak aku. sampai mengigau2 nak nasi.... Tadi masa hantar kat tadika.. nampak la teacher dia pegang sebakul nasi lemak... rupanya pg ni breakfast nasi lemak. Lega aku... dapat juga HAkimi makan nasi. Tadi petang lepas ambik je Hakimi dari sekolah benda pertama dia sebut lepas masuk dalam rumah nak nasi. Aku buat ler nasi goreng kat dia. Sungguh puas hati Hakimi makan nasi gorenbg sepinggan licin licau.

p/s: Hakimi ni jenis ingat. Jangan la pandai2 nak berjanji kalau belum pasti. Memang dia akan tuntut.

5 comments:

mimielola said...

Ya,.. anak aku pun jenis ingat.... heeeeeiiiii.. kadang2 aku ni yg terlupa apa yg aku ckp kat dia

Marisa said...

mimi,
betoi la... jgn la pandai2 janji.... mmg nahas kite.

rizza said...

memang budak2 kcik ni semua jenis gitu... jgn janji kosong... kesian derang....
aku pun kalau kengkdg time makan nasik dia kata tak nak.. dah nak abis tu baru kata nak..... haru.. lepas2 tu..mesti tinggal kan sikit la apa2 makanan.. kot2 last2 dia minta...

Mama Adib said...

aku pernah kena, adib minta nasik tengah malam, geram ada, memula tanya cam hakimi la tak nak, taknak, dah kita habiskan baru minta.

last2 masak nasi makan kicap

Marisa said...

Rizza,
betul la...janji pandai2 pi janji kosong. Kena ajar dia.. kalau janji mesti kotakan.

Mama Adib,
Saya kadang2 simpan gak mknn... agak2 dah malam dia tak nak mkn.. last2 saya yg makan. Last2 sape yg gemuk? jawab...jawab....