Tuesday, December 15, 2009

Kesian Hannah

Boleh dikatakan dah sebulan Hannah betul2 daripada minum susu badan. Tapi sebenarnya Hannah macam tak redha je... selalu juga dia minta nak nenen. Tapi bila hisap je macam tak de susu keluar terus je dia tak nak dah dan terus mintak air (refer to susu coklat Dutch Lady). Dah hampir 2 bulan Hannah minum susu kotak Dutch Lady. Hannah minum susu tu dalam botol.

Mula-mula minum dalam 2oz je.. sekarang ni dah boleh habiskan 4 oz.... kalau antara waktu senggang dia munum dalam 3 oz sahaja.... Dalam sebulan tu.... aku beli dalam 20 kotak susu yg 1 liter tu ha.... Disebabkan Hannah tak nak minum susu putih.. mungkin kerana psycology tak nak minum breastmilk dalam botol kot.... aku mix kan siap2 dalam botol susu putih denagn yang coklat. Yang jadi sampai sebulan 20 kotak tu bukan apa... sebab kadang2 abangnya layan minum sekali... Tu pun kalau yak cukup.... nanti aku top-up la bila-bila perlu. Yang penting susu tu mudah didapati.

Harga sekotak susu Dutch Lady dalam rm 4.30 ~ rm 4.50.. tapi kalau ada sale kat Tesco.. boleh dapat dalam rm 3.69 ~ 3.90.... ok la kan?

Walaupun Hannah dapat minum susu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan... tapi kalau ikutkan niat... aku memang nak susukan Hannah lagi lama. Hopefully lepas baby dalam perut ni keluar... dapat la Hannah merasa balik susu mama ni....


Friday, December 11, 2009

Boringnya........

........ apabila kerja banyak dan bertimbun di hari Jumaat yang mana ofisku buat makan2 pot luck.... Ni semua gara-gara 2 hari tak masuk ofis pi training.

Minggu depan Jumaat Kedah cuti. Awal Muharram.... terubat sket hatiku ini....

Oh.... Ahad ni nak pi jumpa doktor... checkup!



Monday, November 16, 2009

Aktiviti semalam

Semalam kami pi tadika Hakimi ambik report card.... Alhamdulillah.... dapat no. 1. hehehe.... ala.... exam budak2 kan.. tak de la stress mana........ tapi ok la.... at least dia dah kenal semua huruf....



Yang paling bulat tu la anak aku....




Report card Hakimi.....

lepas dari ambik report card tu... kami pegi saloon (macam grand je bunyinya) nak trim rambut Hannah. Hannah ni tak suka ikat rambut... so kena la jugak potong sket rambut dia bagi nampak kemas dah tidak mencucuk mata.



Hakimi dah nampak Hannah potong rambut... dia pun nak potong juga.
Ok la Hakimi... hadiah dapat No. 1.... Hakimi boleh gunting rambut di saloon... selalunya kat kedai mamak je.



Lepas gunting rambut budak berdua tu.... kami berpeleseran kat Tesco sahaja.... sambil lunch dan beli barang sikit2....

Sunday, November 8, 2009

Idola Kecik

Semalam sempat melayan Idola kecil. Tak rancang pun sebenarnya..... sambil2 gosok baju.... malas nak layan cerekarama walaupun tau ceta dia mcm best jugak.... sebab nak tido awal.. kalau dah layan cerekarama tau je la. kol 12 baru boleh tido kang...

Boleh tahan jugak la suara budak-budak tu... Ish... kecik2 dah pandai menyanyi... menari.....
Kalau boleh la.... aku tak nak la anak aku berada atas pentas macam tu... hishh.... mengongkong betul. Tapi.. aku tak suka la kecik2 dah biasa pergaulan bebas laki perempuan. Sungguh tak suka. Kolotnya aku! Pedulik!

Tuesday, November 3, 2009

Bunian

Akhirnya semalam tamat cerita Sumpah Bunian... Hehehe.... cerita tahyul..... tapi aku suka tengok.. sebab comelnya Nora Danish tu.... pas tu suka tengok pakaian orang-orang bunian tu.... putih suci je....

Elly Mazlein lak walaupun gedik... tapi dia juga comel.... muka dia klasik gitu....

Time tu aku ala2 tengok TV sambil lipat kain atau kemas2 meja.... tu yang selalu sempat je tengok.... cerita tu pun habis awal ... pukul 9.30... so perfect timing la untuk tengok...

Sebenarnya aku selalu juga terignin nak jumpa orang bunian.... dulu room mate penah cerita fasal bunian-bunian ni.... tapi dia tak percaya... tapi ada satu kejadian tu yang berlaku kat dia buat dia percaya.... apa-apa pun.. wallahualam....

Hubby pun sama masa kecik-kecik.. umur dalam 5 tahun kot.... penah hilang dalam rumah..... satu kampung cari.... padahal dia ada je kat dalam rumah....tempat lipat sejadah.... kononnya orang bunian sorokkan dia... ntah ye ntah tidak... tau2 je dia macam baru bangun dari tido.....

Hari ni ada cerita baru nenek kebaya... tak de rasa nak tengok pun....tp tak tau la....kot2 di hujung2 nanti suka pulak

Wednesday, October 28, 2009

Mengata

Ni aku nak mengata sket. Aku pelik tol la bebudak ofis tempat aku keje nih... Konon dah keje lama la konon.... kira macam ala-ala orang lama... buat apa semua boleh. Berani melawan bos.... berani buat apa saja yang melanggar undang-undang syarikat. Kalau buat tu senyap-senyap dah la.. Ni macam bangga la pulak... Jawatan assisstant je pun.. kalau exec pun.... exec biasa-biasa je.... tapi depa ni rasa depa CEO kot.... hishhh.... lemas... pelik.... nak termuntah. Berlagak nak mampos. Konon-konon glemer la tu. Baik laki.... pompuan sama je....


Monday, October 26, 2009

Buah delima

Ntah kenapa sekarang ni buah delima menjadi buah feveret kami semua..... Hakimi sik sebut nak buat Lima... Dah la tu first time hubby beli... terus macam addicted pulak. Dah la mahal buah delima. Sebiji RM5.

Bila makan buah delima..... teringat kenapa eh orang selalu kaitkan buah delima dengan orang pregnant. Konon orang pregnant selalu megidam. Aku pulak tak pernah terfikir nak mengidam buah delima sebab jarang sangat makan. Penah makan pun lama dulu.... baru-baru ni je hubby beli sebab senang pulak jumpa kat pasar malam. Buah delima ni musim ke? best pulak makan buah delima ni sebab rasanya masam-manis.... Buah delima yang hubby beli tu rasanya lebih kepada manis. Tu yang anak-anak aku laju je makan.

Dalam peti ais ada lagi sebiji... nak makan balik karang la...

Friday, October 23, 2009

budak gemuk

Huuu... pagi tadi pegi kedai niat nak beli karipap je 3 krtul....lepas dah ambik karipap 3 ketul ternampak mee goreng yg kelihatan cukup sedap... apa lagi.. ambik juga la.... sudahnya breakfast dah jadi macam lunch....


Monday, October 12, 2009

Kesah jiran

Kalau Fid tengah geramkan jirannya yang sidai kasut kat pagar rumah dia... aku pulak hangin dengan jiran tak berapa baru ayah aku. Perangai macam si**...

Semalam, aku pi rumah parents aku... petang dalam pukul 6 lebih tengah aku minum-minum petang dengar bunyi hon tak henti-henti dari jiran sebelah.... aku cam jeling-jeling la.. pe hal tu? Tengok kereta wira dia bunyi hon.. Rupanya ayah aku kata hari-hari macam tu.... punya la pemalas si ayah.... balik dari mana-mana tak mau keluar kereta atau bukak pintu sendiri.... dia dok hon berkali-kali sampai la anak atau bini dia bukakan pagar.. Ish.... huduh sungguh perangai. Bingit telinga aku mendengarnya. Tak leh fikir agaknya kot jiran ada anak kecik tengah tido... jangan kata jiran... kalau aku tengah tido pun boleh hangin dengar hon macam tu.... Apa la salahnya duplicate kunci buka pintu sendiri. Macam tuan besar. meluat aku. Dah tau malas sangat pi la buat pagar elektrik.

Dah la ayah aku kata dulu-dulu masa baru pindah diorang sapu sampah.... ditolaknya depan rumah kitorang... Eeiiii... perangai cam ta*k. Ayah aku geram jugak.. tolak balik sampai dia depan umah dia balik.... memang loklaq la orang tu...
Pas tu dulu potong ranting-ranting dan dahan pokok buang dalam longkang depan rumah. Gila punya orang. Memang tak senonoh. Nasib la dia sewa je rumah tu.... Harap-harap diorang berambus cepat. Dulu owner rumah tu ok je... tapi dah pindah la pulak... Diorang beli rumah yang lagi besar.

Dah la depan rumah macam poyo je diorang gnatung banner silat apa tah.. cam bagus je join silat-silat bagai. Tapi perangai cam cipanzi.

Tuesday, October 6, 2009

Boy or girl

Bagi aku yang dah ada anak lelaki dan perempuan... yang ke 3... memang tak kisah la dapat boy or girl.... tapikan.... anak aku yang sulung beria-ia nak adik boy.... aduh.... bagi mana aku mahu dapatkan? katanya kalau boy boleh main dengan dia...Semalam aku MC tak sihat.... tapi still hantar anak-anak ke nursery.... balik-balik je si Hakimi tanya... "mama.... mana baby baru?" MasyaAllah.... anak aku ingat aku MC pi hospital beranak gamaknya. Aku cakap la.... perut mama belum besar... tunggu perut mama besar... nanti baru la mama pegi hospital bersalin....ada la baby baru...


Kalau tanya Hannah... nak adik tak? Kompem dia geleng punya. Kalau tanya nak adik girl ke boy? Dia akan jawab bo. Agaknya tu je kot dia boleh sebut. Nak sebut gril tak reti lagi kot...

Aduhai.... semalam boleh ye aku mimpi dapat baby girl.... kesian Hakimi nak adik boy... Ingat mama boleh pilih-pilih ke jantina.... yang penting baby sihat... Alhamdulillah....

Monday, September 28, 2009

Selepas cuti raya

Hari ni hampir-hampir nak MC. Semalam seharian sakit perut dengan sakit balakang... badan masuk angin.... sampai pukul 3 pagi tadi dok sakit2 lagi. tido pun tak nyenyak. tido.. bangun.. tido.. bangun... mujur bila jaga pukul 6.30pagi dah rasa lega sikit cuma sakit kat perut ada sikit-sikit lagi.... kalau tak... MC la jawabnya..

Banyak nak cerita fasal raya ni... sampai tak tau nak mula kat mana... Entry lagi satu la baru nak citer fasal raya.... letih sungguh.... berjalan merata. Mau tak letih....

Hari ni tak berapa nak ada mood buat keje.. Bos pi visit staff sbb ayah dia meninggal.. so tak la terlalu bz lagi.... tengah dok panaskan anjin ni.....

Dok tengok-tengok gambar raya kawan-kawan dalam facebook sambil menyelak kerja-kerja.

Thursday, September 17, 2009

Esok dah mula cuti..... Yahoo!!! Kena mengemas barang-barang untuk hari raya.. satu apa tak kemas lagi.... baru iron baju sket2 je.... tudung pun tak beli lagi. Plannya nak beli petang ni....

Dikesempatan ini... saya ingin memhon maaf andai ada terkasar bahasa, terperli atau menyinggung perasaan mana-mana pihak...

Semoga semua selamat sampai dan pulang ke destinasi masing-masing.

Dalam pada kite ghairah menyambut hari lebaran.... ingat-ingatlah masih ramai insan di luar sana yang menyambut hari raya dalam serba kekurangan.

Yang penting kita kena ingat Hari Raya merupakan hari kemenangan umat Islam melawan nafsu di bulan Ramadhan....

Pada yang belum membayar zakat, masih ada masa....




Tuesday, September 15, 2009

Perlu dihabiskan

... Ini lah saki baki susu yang perlu dihabiskan dalam masa 2 bulan oleh Hakimi.... pam untuk Hannah.... tapi apakan daya Hannah tak nak EBM....





Thursday, September 10, 2009

Geram

Geram sangat ni.... tapi bulan puasa.... kena banyak sabar...
Aku ada la kan beli barang-barang online ni.... Pagi tadi aku call post office mintak cek kan barang tu dah sampai ke belum.... Aku bagi tracking no. Bila dia sebut nama aku pada parcel tu.... confirm la barang dah sampai... kalau tak camana dia tau nama aku kan?

Tengahari orang yang in-charge bahagian ambik surat pi la ambik... tengok-tengok tak de parcel aku.... Yang ada surat-surat dan barang-barang orang lain... Aku tak puas hati ni... apa lagi... call la post office tu balik... memang la dia kata ada parcel tu.. boleh ye dia kata baru sampai.... Eeeiii... geram betul la.... Menipu tak tentu hala.... buat keje camana.... patut la banyak kes surat hilang la... tak sampai la...

Dah la esok Kedah cuti.... dah tu Sabtu dengan Ahad company aku lak cuti. Aku memnag hangin betul la dengan orang post office yang terhegeh-hegeh ni....


Friday, September 4, 2009

Puasa dan persiapan raya

Desebabkan 'mabuk' tahun ni persiapan raya sangatlah ala kadar....sebabnya memang tak larat langsung. Langsung tak ke mana melainkan kerja sahaja. Tu pun hubby yang drive... kereta jangan harap la nak bawak. Kedai langsung tak jejak... apatah lagi bazaar Ramadhan. Memang cari nahas la kalau singgah. Tak boleh langsung nak bau masakan. Pening, nak muntah sampai ke otak. Sabun mandi, syampu pun tak boleh bau. Segala urusan penyediaan makanan untuk sahur dan berbuka mr. hubby yang uruskan. Alhamdulillah.... sekarang sahur dah boleh makan.... dah tak muntah. Tapi masa berbuka selera sangatlah tak de.... tapi dah boleh makan sikit-sikit.... ala kadar je.... macam semalam berbuka nasi putih panas-panas berasap dengan begedil. Kuah-kuah memang tak de la.... tak lalu. Setakat hari ini... apa yang dimakan... memang keluar balik.... semalam pun sama. Rasanya 3/4 keluar balik.... Minum air manis saje. Air masak tak lalu. Badan memang lemah dan cepat letih sangat-sangat.... Tapi urusan menjemur kain dan melipat baju still buat sendiri.... buat pelan-pelan...

Ye la.. takkan semua hubby nak kena buat.... Mandikan anak ke apa ke....anak berak ke... memang semua hubby yang buat. Memang tak boleh langsung nak buat.... nanti muntah. Dah la bau mandian baby pun tak boleh. Aduhai.... sungguh melampau!

Nasib baik la persiapan raya dah buat awal-awal lagi.... Tinggal nak beli kasut raya Hannah dengan Hakimi je.... tu pun last2 minute nanti la. Baju yang ditempah pun dijangka siap minggu depan... nampaknya Hubby juga la yang kena ambik...

Kuih raya pun beli kat member-member ofis je pun.... Baru je rancang nak buat kuih raya sendiri tahun ni.... Nampaknya tertangguh lagi projek buat kuih raya. Padahal zaman-zaman anak dara dulu.. tak pernahnya beli.

Harap-harap sangat bila raya nanti dah ok sikit....kalau tidak... beraya di rumah je la. Sekarang pun dah rasa ada sikit kurang mabuk.... tapi still lagi mabuk.... cuma yang peliknya kali ni... bukan lagi morning sickness.... tetapi evening sickness... Pagi ok je nak gosok gigi ke apa.... tapi kalau malam.... kompem muntah la...



Thursday, August 27, 2009

Asam

Semalam setelah melihat asam buah Mo Far Kor dalam blog CPM.... barulah daku teringat yang dah lama sangat aku tak makan asam tu.... terus je teringin... padahal dulu masa belajar selalu juga beli....

Baru ku tahu.... rupanya asam tu tak dak di Kedah.... huhu.... sudah beberapa stesen minyak serta mini market dan juga kedai-kedai runcit kami cari....

Maka terpaksa la tunggu Rabu ni untuk merasa asam itu... kerana hubby akan ke KL Selasa depan.... huhuu.....

Monday, August 24, 2009

Happy 2nd Birthday Hannah!

Hari ni Hannah genap 2 tahun..... Alhamdullilah.... masih breastfeed..... cuma dah hampir 2 minggu tak pam.... dah tak larat sangat. Mula-mula rancang nak pam macam biasa.. tapi tahap kesihatan tak mengizinkan. Hannah pun dekat nursery dah tak nak minum EBM. EBM yang ada pun semua Hakimi yang habiskan. Tapi suspen jugak takut production tak dak langsung... Lepas ni nak ajar Hannah minum fresh milk kat nursery.

Simple je buat birthday celebration Hannah... hantar kek coklat sebiji dengan goody bag je kat nursery. Semalam Hakimi yang sibuk dok isi barang dalam goodie bag tu... Hakimi dah perasan macam birthday dia..... So.... untuk tidak mengecewakan Hakimi.. mama dah pesan kat teacher dia suruh diorang potong keke sama-sama. Mama sangat-sangat tak larat nak celebrate buat masa ni.... kepala pening.... berpusing-pusing... tak boleh bau makanan..... nak muntah je kejenya... kita celebrate lewat sket ye Hannah. Berdasarkan pengalaman dulu....lepas 3 bulan lebih.. dah ok dah.... tapi sementara nak tunggu tu... seksanya rasa.... aduhai.... semalam dah tak puasa sebab asyik muntah je seharian.... Hari ni insyaAllah... cuba nak puasa jugak....

Bila tanya Hannah... nak baby tak? Dia geleng..
Bila tanya lagi.. nak adik tak? Geleng juga....
Habis tu sapa baby? Hannah angkat tangan.

Kalau Hakimi pulak.. Hakimi nak adik lagi tak? Nak.. Abang Mi nak adik boy. Hmm....







Thursday, August 20, 2009

Tima kasih Fid

Ribuan terima kasih Fid aka Yuitsumuni kerana sudi memberi aku sebuah beg yang sungguh comel..... bak kata Fid beg senget... tapi puas aku belek.... tak de pulak yang senget.... hari pertama dapat aku dah gunakan untuk bawa pulang barang-barang dari ofis ke rumah.... Sorry sangat-sangat tak sempat nak ambil gambar....Tapi hari tu Fid dah tunjukkan dalam blog dia... beg mana yang dia nak bagi tu kan....
Mood tak berapa nak ada... tambahan balik rumah je asyik muntah je sampai tak daya nak buat apa-apa....

Nanti kalau ada nak buat contest lagi.... sungguh dialu-alukan....




Wednesday, August 19, 2009

Confessions of a Chocoholic TAG

Sebenarnya baru perasan kena tag oleh Umi Sufira.... Maklum la... last week sangat bz dengan training.... lama tak buka blog sendiri dan juga blog kawan2....

1. Kek Coklat kegemaran anda?
My family strawberry chocolate cake.... memang sodap.... normally my father yang buatkan . hehehehe....

2. Kek Coklat jenis apa yang anda minat?
Moist Chocolate Cake & Yogurt Chocolate Cake

3. Biskut Coklat kegemaran anda?
Nutty oatmeal.... sedap.... buat sendiri....

4. Coklat bagaimana yang anda suka?
Suka yang berkacang especially yang ada almond.....

5. Di manakah anda biasa membeli Kek Coklat kesukaan?
Antara dua je..... buat sendiri(selalunya ayah yang rajin buat....) and.... beli kat secret recipe (Choc Indulgence)

6. Apakah mengenai Coklat yang anda suka?
Sangat suka coklat.... tapi ketika mabuk & morning sicknes... tengok coklat rasa nak termuntah

7. Berapakah harga sebiji kek yang biasa anda beli?
Kek paling mahal penah beli kat secret recipe.... mahal lagi... tak pernah.....

8. Adakah anda hanya beli sebiji cupcake aje?
Cupcake tak berapa suka unless yang bercoklat.....

Sekian sahaja dari orang yang sedang 'mabuk'....

Tuesday, August 11, 2009

TIP: Ikhtiar nak ubati H1N1

***** copy directly from received email*****

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL
EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was
confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was
bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came
fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2
days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his
eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically
fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go
to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to
Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and
more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to
solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town
to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple
prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh
nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your
fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah
Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on
Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday
Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out
of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today
(thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info
could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH
anything can happen!!!!




Thursday, August 6, 2009

Misteri terjawab

Setelah rasanya hampir sebulan mengalami kekurangan susu.... barulah misteri terjawab. Rupa-rupanya diriku ini ada 'isi'.... Ooo...patutlah susu mendadak turun.. Bila pam dapat 2 oz je.. pagi tadi lagi pilu hanya 1.5oz sahaja.

Sungguhku tak menduga dan menjangka.... kami hanya mampu merancang.... Tuhan yang menentukan.... kiraan hari aku sudah tersasar.... mungkin terlepas pandang.... apa pun kami bersyukur....semuanya 'rezeki' dariNya.

Last week ada juga rasa tekak mual-mual .. pening kepala.... tapi ku jangkakan hanya simpton nak demam.... dan memang demam pun. Rupanya demam lain....

Baru je last week kat surau kami dok sembang2 masa dok pam susu.... masa tu aku ada kata nak ada baby lagi tahun 2011.... kalau 2011 at least anak aku yg 2nd dah nak masuk 4 tahun.... ok la kan... tapi....semuanya di tangan yang Esa.

Mula-mula aku ingatkan pregnant kali ni lebih mudah sebab aku macam relax je boleh makan. Rupanya tidak.... dah 4 hari aku tak makan nasi. Kembang je rasa tekak ni.... Tengahari tadi aku cuma makan roti kacang merah sahaja.... kalau dalam keadaan biasa... aku la yang ambik paling banyak makanan. Tekak terasa payau.... eeeii.. tak tau la macamana nak describekan.....hanya orang yang pernah alami yang tahu. Sentiasa kena makan gula-gula....kismis atau benda yang masam-masam...

Yang bestnya sepanjang 2-3 bulan ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku makan nenas....siap makan jamu lagi.... pakai girdle PB.... siap last month period aku sikit dan datang sangat awal.... sebab sebelum tu aku gatai pi makan jamu bersalin nona roguy adik aku. Yang laki aku boleh ye kata dia kata dia baca dalam surat khabat utusan bahagian kesihatan ada kata.... peningkatan berat badan punca period tak stabil.... aku ingatkan betul la.. sebab memang ada peningkatan berat badan. Rupanya tu bleeding. Teringat pulak 2-3 minggu lepas kami balik kampung... siap plan nak urut badan.... siap dah call mak cik tu.... mujur mak cik tu tak dak di rumah.... kalau tak.. memang selamat la.... memang Allah dah tentukan elok je...

Kat ofis, untuk quota 2010 aku la yang booking dulu.


Monday, August 3, 2009

Runsing

Aku sungguh runsing semenjak dua menjak ni.... sampai tak dak mood nak update blog..
kalau dulu-dulu sekali pam boleh dapat 8 oz.... lepas tu turun kepada 7 oz... then turun lagi kepada 6 oz... terbaru... dalam sebulan juga la dah turun kepada 4 oz sahaya... ddan sekarang terus berkurangan kepada 2 oz sahaja. Huhu... why? Adakah kerana anak dah nak masuk 2 tahun? Tak mungkin. Sebab ramai lagi yang anak dah besar maintain jek.... Makan oat hari-hari pun tak jalan. Sampai nak termuntah balik kalau dengar nama oat. Terbaru aku dah beli Habbatus-sauda keluaran HPA.... hopefully berkesan la ye.... aduhai...

Kat ofis aku sekarang ni menular virus demam (mintak dijauhkan dari H1N1).. lepas sorang... sorang..... demam... tambahan dengan musim buah yang menjadi2... tekak pun dah naik sakit sebab banyak sangat makan rambutan. Kepala pun sudah pusing-pusing angkara demam.....






Thursday, July 30, 2009

Tote Boutique Giveaway - Permata Hati

Pagi tadi buka blog CY nampak ada beg yang sangat cantik dan comel. Mula-mula ingatkan CY beli untuk letak baju baby dia.... owh... rupanya ada Give-away... wa.... ini sudah bagus. Dah banyak kali terlepas. Kali ni nak take part juga.... Lagipun yang anjurkan ni member lama kat SI (tapi tak sure tokey kedai tu ingat saya lagi ke tak... maklum la masing-masing guna nick name je..)

Beg cantik molek yang dimaksudkan ialah :



Cantik tak? Sungguh comel kan? Dah la pink warna kegemaran saya..... tambahan pula dengan corak bunga ros tu.... saya suka sangat. Nampak sungguh feminin.

Rules & Regulation:

Beri komen tentang bag nih .. cute ker, tak cute ker, ribbon tak sesuai ke & macam2 lagi
Menarik... nampak sungguh feminin...kalau tangkai dia warna dark pink tentu lebih sweet.....

lepas tu buat enrty dan war2kan tentang giveaway nih
Memang tengah buat pun ni....


beritahu saya link anda tentang Giveaway ini
InsyaAllah


pemilihan RANDOM ORG lah kan .. macam biasa
Sebenarnya tak faham sangat soalan.... tapi layanzz.....

Sapa nak join, silalah ke sini.. lepas tu komen serba sikit fasal beg yang sungguh comel tu


Thursday, July 23, 2009

To all LV lovers......

Hi..... currently I'm helping my friend selling comforter bed sheet set....
If interested email me at m_1510[AT]hotmail[dot]com

bedsheet : poly-cotton/ 100% cotton



CODE : MJZ 0868
NAME : LV BORDER
SIZE : KING/QUEEN/SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH




CODE : MJZ 0886
NAME : LV KOTAK
SIZE :KING/QUEEN/SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH






Code : TNA 6400
Name : LV Matching
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month



Code : TNA 6800
Name : LV Bintang
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month




Code : TNA 6200
Name : LV Corak
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month




Code : TNA 6300
Name : LV Kotak
Size : King / Queen /Single
Order : Within 1 month




Code : TNA 7400
Name : Burberry
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month




Code : TNA 7300
Name : Burberry
Size : King / Queen / Single



Code : TNA 6900
Name : Burberry
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month




CODE : MJZ 0885
NAME : BURBERRY
SIZE : KING/QUEEN/SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH




CODE : MJZ 0889
NAME : CHANNEL
SIZE : KING /QUEEN/ SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH



CODE : MJZ 0863
NAME : CHANNEL KOTAK
SIZE : KING/QUEEN/SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH




Code : TNA 7900
Name : Fendi
Size : King / Queen / Single
Order : Within 1 month



CODE : MJZ 0862
NAME : GUCCI
SIZE : KING/QUEEN/SINGLE
ORDER : WITHIN 1 MONTH

Price:

1)king comforter set harga RM 260.00
2) Queen Comforter set harga RM 250.00
3) single comforter set harga RM 150.00

The price above not include postage


GUIDE TO BUY BED SHEETS ( BEDDING ARTICLE)
1) Sooner or later, We all need Bed Sheets
*If U own a home, chances are sooner or later u'll have to buy a set of sheet for ur bed. The most important place to start is choosing a thread count. The thread count tell U the number of threads that are in square inch of fabric. To get the softest and most durable sheet, aim for the higher end of the thread count spectrum ( 200+).

*Secondly important is the type of fabric. While poly-cotton do not required much ironing as 100% natural fibered sheets, ironing can usually be avoided by placing the sheets directly on the bed as soon as they are taken from the dryer.

2) Types of Cotton
* The best cotton types are Egyptian (grow in the Nile river valley)and Supima (US produce). Both will provide extremely soft and luxurious feel to the fabric.

*Poly -cotton sheets will tend not to breath or absorb moisture as well as natural cotton. U 'll tend to save money if purchasing poly-cotton sheets, as their materials are less expensive to produce.

* Having a name brand in the world of sheet-buying is unnecessary and is usually just waste of money. The big bedding company use the same type of fabric as the smaller ones :)

3) Making Them Fit
Finally, U should know the depth of Ur mattress by purchasing a set of sheets.U should always purchase a set that ties a pocket within 3-5 inches of Ur mattress depth to avoid slippage of the corner.

Now , when it's time to replace those old sheets....


My lucky colors are....

teringin juga nak buat.... tiru ML

blog quizzes for myspace profile and fun

Lets101 Quizzes - Blog Quizzes



.... hmmm.... macam betul ke? konpius dengan diri sendiri....
.... hish.. macam tak jadi je.. kenapa tak dak color?

Tuesday, July 21, 2009

12 @ 14

Dah lama benar tak update blog.... bz la kengkononnya tuh!

Last weekend aku pi KL... as usual visit PIL. Kalau pi KL macam dah tak dak tempat lain nak pi..... Hakimi sik ajak pi Zoo Negara... Gambar pun tak ambik sebab asyik pi je.... gajah tu pun ingat lagi muka kitorang agaknya....

Lepas pi zoo tu... aku pi OU jumpa kawan lama..... makan2 kat Johnys.....

Lepas balik OU tu yang best tu.... aku pi Munawwarah. First time tau.... Aku excited giler.... tambahan anak2 dah keletihan tidi dalam keta....
Mula-mula masuk salah kedai. hehe.... muka excited.. masuk2 macam tak tau nak buat apa..... rupanya kedai tudung kat sebelah dia.... Masuk je kedai tudung tu... tengok orang ramai.. tudung banyak. Oh! Sungguh teruja. Tengok SA dia comel-comel je.... dari satu meja ke satu meja aku singgah.. siap bersila atas lantai menerai tudung.... ala2 gaya orang jakun. hikhik.... lama weh aku kat kedai tu.. sejam setengah ada kot..... siap lepas sejam dapat panggilan hangit dari mr. hubby bagi tau Hannah dah jaga nak mama.... Hakimi nak kencing la apa la.... lepas je masuk blik air dalam munaw tu... tetiba dia kata ... mama.... nak be***.... hmmm... sabar je la..... memang dah tinggal tanda..... akan datang lagi la maksudnya tu :P



apa ada di dalam?




wah... macam banyakkan? tapi sebenarnya tu adik-adik aku order sekali... hehehe