Friday, March 27, 2009

SPA Z

Weh.... lega weh....
Tadi time lunch hour aku pi urut badan kat surau... uihhhh... lega.. rasa lurus sket urat-urat badan aku yang bersimpul ni....

Actually tea lady baru ofis aku ni... rupanya tukang urut... mak dia bidan dulu... memang dia selalu urut orang lepas bersalin...

Rasa relax je badan aku ha....sedap je rasa..... aku ni siap bawak kain batik dangan baby oil.... ye la... kang kalau pakai minyak kelapa kang.. berbau la 1 badan aku..

Tadi kat surau tak dak orang.... pukul 2.15 start la orang masuk nak solat... semua nampak aku.... wah....
Ada yang siap nak booking next week.... tapi memang best mak cik ni urut. Nama dia Zainun.... (tu la konon Spa Z).

Habis tapak kaki aku dia buat reflexology...

Workload

Mulai saat ini.. aku memang akan jadi sangat bz sebabnya budak sebelah aku ni dah mula cuti bersalin.... maka segala tugas-tugas dia aku la yang kena buat.... huhuuuu... nampak gayanya kena OT la ni.... aduhai....

Dulu masa aku cuti bersalin semua kerja-kerja aku dia yang buat.... ini giliran aku pulak.


Wednesday, March 25, 2009

F.O.B.I.A

Tension!!!! Smlm lepas solat asar aku bukak laci ofis.... ada binatang yang paling aku benci dan geli masuk dalam laci aku. c.i.c.a.k

Menjerit aku. Satu ofis dengar. Semua tertanya-tanya kenapa.... bila aku sebut je ci-ci semua "la.... ku ingatkan cik ti" pas tu kata la... ci-ci tu besar.. geli...
yang lain kata 'besar?'... buaya ke apa wei? Huhu.... aku serius geli dan takut sehingga mengganggu pemikiran aku. Aku tak leh tido malam mengenangkan kalau ci-ci tu tak keluar dari laci aku.

Pagi-pagi tadi datang benda pertama aku buat panggil budak ofis aku tolong cekkan. Depa kata tak dak dah. Tapi aku still tak berani bukak laci tu... Aku guna laci meja budak sebelah aku yang bermula cuti bersalin hari ni..... Sat gi kalau nak ambik barang ada la orang yang akan jadi mangsa aku.


Tuesday, March 24, 2009

Grooming training

Company aku sekarang ni nak buat training grooming for all staff.... Ok la... aku suka je nak join training macam ni... tapi yang aku tak gemar training ni 2 hari.. ok la....part tak best.... on the 1st day.. sampai kol 10 malam. Sebabnya ada dining etiquettes.... part balik lewat ni la yang aku malas ni.... dah la Hannah sekarang tengah buat perangai tak nak minum susu dalam botol.. Dah seharian dekat nursery tak minum susu... kalau aku balik kol 11 malam.... jenuh la anak aku bertahan minum susu sebegitu lama.... tak sanggup aku.

Training di dibuat berperingkat bermula esok sehingga bulan 11. Sebulan dalam 2 session. Aku nak kena mintak permission bos bagi aku masuk slot yang akhir-akhir....
kalau tak kesian la kat Hannah. Ada ka budak-budak ofis aku suruh aku pi 1st batch ni.. jangan harap la aku nak pi. Lain la kalau training tu setakat sampai pukul 5.30 petang...


Monday, March 23, 2009

Just finished



Akhirnya selesai juga aku baca buku ni.... 3 minggu la jugak... hmmm... lamanya..
mana tak lama.... baru je baca 3-4 helai... hannah nak nenen.... sat lagi poo poo lak... itu ini itu ini.... mmg tak leh nak baca direct

Nampaknya aku hanya mampu target untuk baca 1 buku je 1 bulan... better than never. lepas ni nak baca buku apa lak ye? Hmm.... ingat nak habiskan baca shopaholic series dulu la...

p/s: Thanx Erna for your suggestion... aku ni baca buku2 yg org dah review jek. Ngee...

Sunday, March 22, 2009

Kisah petang Jumaat

Jumaat lepas.... mr. hubby outstation ke KL... cabaran gak ler untuk aku handle budak berdua tu sorang2.... kalau hari lain ok sket.... kalau hari Jumaat agak payah sbb nursery tutup pukul 6.... kelam kabut gak ler aku nak balik.... nak masak mmg harus ler... beli je.... kalau kat ofis AM aku ada.. aku selalu jek mintak time off dalam 15-20 minit.... sempat la singgah beli mknn sat. Tapi Jumaat lepas AM aku cuti... yang ada manager aku jek... aku segan la pulak.

Aku balik ikut hiway la sbb nak cepat... tu pun sampai ngam2 kol 6 depan nursery. Aku malas nak pikir panjang terus jek bawak budak berdua tu pi restoran kat area umah aku gak....

Masa tengah-tengah makan tu.... Hakimi nampak la macam ada orang beli kuih kat kaunter depan.. memang ada jual kuih-muih pun kat situ... Ok la... aku cakap kat Hakimi lepas kite makan.. kite beli ok.... kalau laki aku ada... dan-dan tu jugak aku pi belikan. Elok aku nak pi... ada sorang mamat ni lebih awal satang dari aku... awal sket je pun... nampak cam bawa2 aku je... masa tu aku nampak ada 3 ketul karipap, 5 ketul popiah dgn 6 ketul sri muka... Hakimi dah merengek2 nak kuih... disebabkan tempat letak kuih tu ada macam kotak kaca... dan diambil oleh si peniaga.. maka aku terpaksa rela tunggu giliran. Memang cilakak itu mamat... dia pi ambik semua kuih yang ada tak tinggalkan walau satu pun untuk anak aku....boleh ye.... dia dengar aku aku cakap.. mama... nak kuih.. nak kuih... berpuluh-puluh kali.. tapi dia buat dek je... tak boleh ke tinggalkan walau sekeping kuih je untuk anak aku.... selfish sungguh.. aku plak dengan dukung Hannah.. pegang Hakimi.. tak tercakap plak nak mintak satu. sampai ke kaunter kami ikut dia.. Hakimi keep on bising nak kuih.. nak kuih.. dia pandang kami pun tidak..
Aku siap perli2 lagi... "Hakimi.. macamana mama nak beli kuih.. ada orang tu pi beli semua kuih... jahat kan tak tinggalkan 1 pun untuk Hakimi". kalau aku ada kuasa ajaib nak je aku sumpah-sumpah dia sakit perut. Tak guna punya jantan tak dak hati perut.

Jenuh gak la aku pujuk Hakimi bawak pi kedai beli apa-apa kat dia....

Malam tu kol 12 tgh malam laki aku balik... sanggup Hakimi ni tunggu....laki aku belikan Dunkin Donuts.. terus je dia makan seketul setengah... pas tu dia mengadu nak kuih.. tapi ada orang habiskan.

Semalam (Sabtu) petang.. laki aku belikan dia kuih... punya selera dia makan...macam orang mengidam pulak. Kalau aku la.... nampak orang lain nak beli jugak.. tak sanggup nak habiskan semua... tambah-tambah budak kecik pulak tu....


Friday, March 20, 2009

My blog

Tag by Erna

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Marisa Sakura. Actually Marisa tu nama yang sepatutnya my parents nak eltak sebelum saya lahir.... tapi mendapat bantahan daripada nenek2ku.. Sakura tu saje je.. sebab suka citer para-para sakura.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
link yang sama seperti tertera di atas.. tak de apa2 motif..

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
memang tak method. tujuan asal bukak blog sbb senang nak tinggalkan komen kat blog orang sbb dulu abnayk blog yg saya jejak nak address URL


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak penah pun.... Setakat ni masih under control. That's why saya tak pernah bg address URL saya pada member2 ofis... mana tau ada nak lepas geram ke apa.... bebas sket.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Buk Erna (seperti kata cik yan) mmg saya dah ikuti perkembangan dia drpd zaman FP lagi... rasanya tak miss 1 entry pun.... masa tu Erna adalah SAHM... mcm2 ceta dia ngan anak2 dia.. dia pi sana sini follow husband dia...

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

1)Raihan (mak alesya)
2)Rizza
3)Ealyie
4)Kuireena
5)Zety Zin

Sila2... jangan malu....



Tak mo ajar

Tadi aku makan jambu air cicah rojak... sedap....aku pun email la laki kawan aku yang buat rojak tu.. nak mintak resepi la konon. ye la.... kot2 raya boleh la buat banyak2.... jamu tetamu.

Pas tu dia reply email aku gini:
"Ala kalau nak ajar saya tak leh buat business la.... kite nak buat business lawan kuah rojak mak bee tu kite nak pakai brand XXX"

Sabo je la.... mana la aku tau dia nak buat bisnes....org yg kata gitu alim2 la konon... apa salahnya ajar... bukan aku nak meniaga pun.



Cari pasal

Kat ofis aku ada receptionist baru masuk... dalam sebulan lebih.... muda lagi.. Umur dalam 21. Rupa ok la.... body solid (pakai korset.... mendada sket la).. ramah orangnya...
Yang aku tak berkenan.... dia ni dah ada boyfren.... kononnya nak bertunang dalam tahun ni jugak... tapi dok buat perangai bagi nombor telefon kat ramai lelaki (setakat yang aku tau lebih dari 3 orang la).... siap pi dating pegang-pegang tangan. Apa kejadahnya? Siap bagi nombor telefon kat laki orang.... siap sms2 lagi.... hishh.... tak gemar sungguh aku.

Ada la malam rabu hari tu boyfren dia call aku....nak tanya fasal awek dia ni kuar ngan lelaki lain. Aku pun tak tau.... baru jap tadi ni aku pi risik dengan budak satu dept. dengan dia....

Ok la.... belum kawin.. suka hati kau la.... tapi yang aku tak suka.... bila dia bersms dengan laki orang ni.... assistant manager.... budak zaman sekarang semua materialistik.... nyampah i.... sendiri cari pasal... nanti-nanti bila ada masalah.... menangis la apa la... masa buat tak reti nak fikir....

Mentang-mentang la aku dok kata dia lawa.... lawa aku lagi..cuma aku gemuk je .
Nak test power kot? Test2 juga... kang buatnya bini orang tu datang serang.... tanggung la sendiri.

Thursday, March 19, 2009

Stay-at-home-mom

Hari ni aku ambik EL.... badan Hannah suam2 sket... kadang2 panas.... lepas bg makan ubat demam... kurang sikit panasnya... Memang saja ambik EL sebab nak breastfeedkan Hannah directly. Hannah kan sekarang dah tak minum susu kat school... so kalau minum breastmilk banyak-banyak memang cepat sikit baik demamnya. Tapi kalau tengok Hannah tak dak rupa orang demam. Lompat sina sini.... menjerit-jerit je kejenya..... dok main sakan. Tapi kalau kat nursery dia merengek-rengek la jugak sebabnya dia ketagih nak nenen... tapi dia tak nak minum dalam botol. Dulu-dulu ok je.. ni dah besar plak baru buat perangai... macam-macam....

Letih aku melayan bebudak ni.... Ni ada ruang sket nak guna internet sebab diorang leka dok tengok wonder pets... Kalau tak.. asal aku nak guna komputer je.. Hannah pun sibuk nak guna gak...

Nama je dok rumah... dari pagi sempat iron 3 pasang baju je.... nak kutip kain pun berperang.... Hakimi lak ngengada... asal minum susu nak pegang tangan mama.. sekali minum 15 minit. Tadi aku nak kutip kain pun sibuk nak suh pegang tangan dia... padahal minum air kosong je. Lama lak tu.... 10- 15 minit gak la....

Pukul 1.30 tadi Hakimi dah mengantuk.. dah siap masuk bilik minum susu semua.......
mata pun dah lelap.... tapi Hannah plak buat hal tak mo tido... dah tu bising-bising lak.... sudahnya Hakimi tak jadi tido.... tu yang diorang dok tengok popeye dengan wonderpets tu... Sat gi kol 4 ke 5 ke.. mula la depa ngantuk... pas tu malam payah nak tido.... macam-macam la depa ni. Projek aku nak vacuum rumah dgn mop tak buat lagi nih.... Apatah lagi nak cuci peti ais...
Aku nak kena stop buat keje by 6.30 sebab nak beri laluan pada spa Q 2... camana la ek kalau aku jadi full time SAHM...

Wednesday, March 18, 2009

EBM for Hakimi

Minggu ni dah masuk minggu ke 3 Hannah tak nak minum susu kat nursery. Hari2 bekalkan EBM... hari2 juga la aku kena bawak balik. Maka.... dapatlah Hakimi menikmati susu mama.... tapi Hakimi minum banyak la.. sekali minum 8 oz.... kalau letak 10-11 oz pun habis dia minum....

Tapi... masuk je kereta... tergedik-gedik la Hannah ni nak minum susu mama dia... tak dan kejap... nak lagi... pastu nak lagi.... ye la.. qada' yg siang.....

Nak buat camana... nak simpan semua dlm freezer kang penuh sgt ... so... apa aku buat.... dalam seminggu aku akan make sure simpan 4 x 4oz EBM..... utk masa depan... oher than that... bg je la Hakimi minum.....

p/s: pg td dpt 4 oz je..... biasa dpt 7-8 oz.... tak pe.... don't give up!


Tuesday, March 17, 2009

Tudung

wah..wah.... hari ni aku pakai tudung baru..... baru untuk saya la... bukan baru utk owner lama dia.... hehehe.... bertukar milik je....

Puas sok fikir patut pakai ke tak.... sebab tiada keyakinan diri.... aku berasa yang aku pakai tudung T Munawwarah lg cantik.... (perasan je)

Hari ni pakai yang kelabu... Dr mula masuk kereta asyik dok belek tudung sampai la masuk kawasan ofis. Berkali-kali aku tanya husband ok ke aku pakai tudung ni.... Kalau ranking 1 - 3... dia kata aku pakai bawal ranking 1. Yg kelabu hari ni ranking 2.. yang tudung kelabu ranking 3.

Selama ni aku berasakan aku pakai tudung T hitam amatlah lawa. adakah aku perasan? atau laki aku yg saje je cakap macam tu...

Tapi.... setelah 3x Jumaat aku pakai Tudung T ni... mmg kepala aku ringan sampai ke petang. Sebabnya tak payah pakai anak tudung. Aku sekarang ni hari balik keje kena basahkan kepala.... Baru ke tahu puncanya sakit kepala selama ni.....

Kentut punya sorang mamat ofis aku... ada ka dia kata aku pakai tudung ni sama kata dgn lantai rumah dia. Brengset sungguh!

I sang to a goat at the dinner table because I'm cool like that

Actually pg td baca blog Mrs Noba... hehe.... saya dgn perasannya buat tag nih. hehehe

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.Have fun. :D
Pick the month you were born:
January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena With
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over
Pick the day (number) you were born on:
1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbour
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a smurf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama
What is the last number of the year you were born:
1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom
Pick the color of shirt you are wearing:
White---------because I'm cool like that
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.
Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself!

Now type out the sentence you made, write 'em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!

I sang to a goat at the dinner table because I'm cool like that

p/s : Apa kejadahnya aku nak kena nyani kat kambing nih.. huh?

And now, I would like to tag...

hmmm...

siapa yek?
Sape2 rasa nak buat... hehehe

Monday, March 16, 2009

signature....

wah.... takjub aku..... saje nak letak entry lain... tetiba je ada signature tu.... hehehe.....
rizza.... ada la signature tu. Daku ingatkan dia muncul kat entry yg lama2.... sengal betul la....


Saturday, March 14, 2009

The Blogger Sisters

The Blogger SistersThe rules:


*Place the award logo on your blog.

*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"

*Link to the nominees on your blog post.

*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.



Receive 1st time ever award dr Fid And Rizza






Maka.. aku pun sedia menganugerahkan award ni kepada:

1. Fid (Of course kenal melalui SI.. aku pembaca setia FP dia dulu dan blog mysweetstory (sehingga sekarang juga)

2. Rizza (sama cam Fid.... kenal melalui SI... dulu aku selalu baca FP dia... masa tu tak tau lg yg dia dah ada blog)

3. Erna (kenal melalui SI.... rasanya setiap entry dlm FP dia aku baca).... semenjak 2006 lagi!

4. Mimielola (kenal melalui SI..... tp kami jarang chat... aku selalu gak bukak FP dia.. tp lama tak update.. rupanya2 dia tgh advance dlm bidang blogging

5. Cik Yan (juga kenal melalui SI.... rasa bermula thn 2006 aku dok baca blog mu.... )

6. Kak Ana (kenal melalui SI juga... entry pertama aku baca fasal isu berat badan.... hehehe.. pas tu ada 1 entry yg mak dia pencen tuh... lepas tu terus melekat)

7. Madam Za (juga kenal melalui SI.... tp I low profile je time tu... tak dak FP tak dak blog... so dok baca FP n blog org je)

8. Raihan (mak Alesha)....(juga kenal melalui SI.... aku terhutang budi dgn ko belikan aku jeruk strawberry ketoka mengidam masa pregnant dulu.....jasamu dikenang)

9. Mamafiza (juga kenal melalui SI. kagum sungguh dgn fiza....tak terikut rasanya dgn cara dia)

10. Kuireena (Kenal melalui SI...tp kite tak close sangat sbb masa zaman tu aku dah jarang reply kat forum... jadi silent reader je)

11. Mrs Noba (kenal sbb ternampak link melalui blog Ms Lola)

12. Mommy 2H (kagum dgn aktiviti nor ajar anak-anak)

sekian.. muahhhhs!

Friday, March 13, 2009

kenangan terindah

.... tajuk tu cam familiar jek... hehehe....
sbnnya lama dah nak publish.. tp internet kong mali kong kat ofis. 2 hari lak tu.. mati kutu aku!

mengimbau kenangan 14 thn yang lalu... aku masih ingat tarikh keramat tu....070305.... (masa tu aku pakai t-shirt mickey mouse dgn seluar biru)... ye .. t-shirt tu masih ada dlm simpanan aku.. cuma dah lusuh banget

Masa tu aku masih ingat aku dah beberapa kawan ambik kelas komputer la konon... pagi tu masa pi kelas kami mcm blur2 result kuar hari tu atau kena pi ambik esoknya. boleh ye kami tak pasti... masa lepas habis kelas... kami naik bas awam.... turun depan sekolah... tengok orang dah ramai dah masa tu... penuh ruang legar sekolah. Kami pun melangkah la pi dewan....cikgu-cikgu masa tu dok cakap-cakap sesama sendiri.... oo... ini la marisa ye? (nampak sangat i tak glemer)...pas tu cikgu buat tak tau.... masa nak tengok result tu rasa cam blank sekejap..... tak sempat nak fikir pas tu semua cikgu-cikgu dok ucap tahniah.... elok sangat ke result aku ni?elok la kot....kalau tak takkan cikgu2 ucap tahniah....

Aku masih ingat lagi.. masa aku sekolah rendah.... aku bukan la antara budak yang pandai2.... tak glemer aku nih... tp result UPSR aku kire ok la.. ada 1B jek.... kire ok la utk budak yg tak pandai cam aku nih.... siap aku ingat kawan aku kata aku punya result ok sbb mak aku doakan aku. ye.. mmg betul.... cam tu sekali ye pandangan kawan2 aku pada aku...

pas tu kawan2 yang mana kenal aku masa aku sekolah rendah semua kata aku ni jadi pandai bila masuk sekolah menengah.... begitu juga dgn adik2 aku. sampai jiran2 perumahan pun kata.... anak2 cik **** bila dah sekolah menengah camana semua boleh teror ye? entah la.. aku pun pelik gak... agaknya berkat doa mak aku kot....

ada kawan sekelas masa aku sekolah rendah tak percaya bila aku cakap result aku... pity me.....

aku tak kisah apa perception orang ramai pada aku.. yang penting aku penah buat mak ayah aku bangga dengan aku.... ye .... aku tau aku bukannya kaya sangat..... kerjaya pun so-so je.... bukannya keje kat international company ke apa.... tapi... kenangan terindah itu pasti aku ingat sampai bila2.....

Wednesday, March 11, 2009

Wish on my birthday

tagged by cik yan:



Besday lambat lagi..... tp tak pe.... make wish siap2



1. As usual.... nak ada kek coklat



2. Celebration kat mana-mana tempat makan with hubby n kids....



3. Teringin nak dapat hadiah set wangian



4. Tak pun dapat jam.. menggantikan jam tahun lepas yg dah hilang kena curi



5. Dapat pakej pi spa atau pi bercuti.....



6. Buat kenduri kesyukuran



7. Celebrate dgn mak, abah, n adik beradik.... (selalunya mesti dapat hadiah walaupun kecik)



8. Hidup lebih aman, tenang dan bahagia



9. Menang apa2 peraduan dan dapat RM1,000,000



10. Dimurahkan rezeki (kot2 naik gaji best juga....)



Nak tag sape eh? Cam ramai je dah kena Tag (alasan)

Nutty crunch


ni sebenarnya kesinambungan dr entry mrs noba yg juga suka mkn nutty crunch ni.....
boleh dikatakan every week aku beli benda alah ni.... sbbnya
1. aku mmg suka
2. murah
aku mkn 1 sbg breakfast.. takut juga kot2 sugar intake berlebihan .. semalam td dah cek gula dlm darah...ok.... 4.8.... aku kalau mkn coklat... aku kurangkan minuman bergula.... konon bg balance la tu....

Tuesday, March 10, 2009

Grandpa & I make Pizza



Ni buku-buku feveret Hakimi.. suatu ketika dulu.... hampir tiap2 hari dia suh mama bacakan buku ni..... sampai dia hampir hafal la setiap words dlm buku2 tuh..... berbekalkan ilham dalam buku tu la.... Hakimi selalu dok ajak Wan dia suh buat pizza dgn dia.... So... ni la antara aktiviti cuti Hakimi & Hannah......


Hakimi menyukat tepung

Masukkan ragi


Little chef sibuk memasak....


...excited sungguh dia....

... menumbuk-numbuk tepung... untuk mengeluarkan air bubbles....

.. menguli doh..... tu kononnya chef hat la tu!... dia yg suh Wan buat....

... Hannah juga sibuk....

.... Hannah teringin juga nak uli tepung....

...tumpang gembira....

Tekun sungguh Hakimi mencanai....using rolling pin.... words yg dia jumpa dlm buku tu...

Wan memberi tunjuk ajar pada Hakimi...

..Hannah cucuk-cucuk doh yg Hakimi buat....

Hakimi yang kusyuk.... langsung tak nak pandang kamera

Busy letak sos pizza

Semua Hakimi yang buat .... comot la sket

Hannah juga teringin....

..tadaa..... ini hasilnya.... boleh la.... 98% Kimi buat.. Wan bagi arahan je....

Mozarella cheese tak letak sbb didapati telah berkulat walaupun blm expred (expiry date bulan 6 2009)... dan belum dibuka pun packagingnya!

Lepas siap buat pizza... Hakimi yg kepenatan dan kelaparan terus makan bihun goreng dengan banyak sekali.....

Cuti....

4 hari cuti.... 4 hari la aku bangun lewat..... tambah2 tgh bendera merah..... mmg syok.... cuti kali ni tak ke mana pun... cuma 2 hari je pi umah mak kat Penang. Mula2 ingat nak balik KL.... tp MIL pi JB....so kami berehat2 saja di rumah... sambil mengemas2 rumah.....Time cuti ni la nak ngemas stor2 (actually hubby yg buat).... bilik bawah yg kecik tu dah dijadikan study room...
Kalau ikutkan cam rugi je cuti tak pi bercuti mana2... tp tak pe la.... dapat full rest.

Orang2 ofis aku tgh dok plan nak pi Medan. Aku pun tak sure nak join ke tak... kalau join.. best juga dapat pi jalan2.... tgk la dulu camana. Nak berjalan pun rasa susah hati sbbnya tgh2 gawat ni. Company aku bukannya bg bonus byk macam company lama .... Nanti2 la aku pikirkan....

Aduhai.. hari ni byk menda nak settlekan... cuti lama la katakan......

Thursday, March 5, 2009

Burger anyone?



Last nite dinner.....home made burger... nyumnyum... by Mr. Chef.....

Tuesday, March 3, 2009

Puasa juga....

Semalam, masa ambik anak2 dr nursery, teacher budak2 tu bagi tau la.... Hannah tak nak minum susu..... ntah apa mogok dia tah.. dari minggu lepas minum sikit sangat... smlm langsung tak nak minum. Kalau difikirkan.... dah lama sangat dia tak buat perangai tak nak minum susu ni. Pas tu ada la sorang teacher ni bg pendapat.... agaknya dah kena tukar ke susu tin kot. Hmmm... sabar je la... tu lagi tak logik punya solution.... dia tak tau agaknya budak2 menyusu badan bukannya nak minum susu tepung tu.... yg bg solution tu bujang lagi..... hish.... suka2 aja.

Bila kat nursery dia tak nak minum susu... balik2 keje je.... menerpa la dia nak nenen sbb seharian dah berpuasa. Harap2 hari ni Hannah ok la.... minum 2 botol pun jadi la ....