Sunday, March 22, 2009

Kisah petang Jumaat

Jumaat lepas.... mr. hubby outstation ke KL... cabaran gak ler untuk aku handle budak berdua tu sorang2.... kalau hari lain ok sket.... kalau hari Jumaat agak payah sbb nursery tutup pukul 6.... kelam kabut gak ler aku nak balik.... nak masak mmg harus ler... beli je.... kalau kat ofis AM aku ada.. aku selalu jek mintak time off dalam 15-20 minit.... sempat la singgah beli mknn sat. Tapi Jumaat lepas AM aku cuti... yang ada manager aku jek... aku segan la pulak.

Aku balik ikut hiway la sbb nak cepat... tu pun sampai ngam2 kol 6 depan nursery. Aku malas nak pikir panjang terus jek bawak budak berdua tu pi restoran kat area umah aku gak....

Masa tengah-tengah makan tu.... Hakimi nampak la macam ada orang beli kuih kat kaunter depan.. memang ada jual kuih-muih pun kat situ... Ok la... aku cakap kat Hakimi lepas kite makan.. kite beli ok.... kalau laki aku ada... dan-dan tu jugak aku pi belikan. Elok aku nak pi... ada sorang mamat ni lebih awal satang dari aku... awal sket je pun... nampak cam bawa2 aku je... masa tu aku nampak ada 3 ketul karipap, 5 ketul popiah dgn 6 ketul sri muka... Hakimi dah merengek2 nak kuih... disebabkan tempat letak kuih tu ada macam kotak kaca... dan diambil oleh si peniaga.. maka aku terpaksa rela tunggu giliran. Memang cilakak itu mamat... dia pi ambik semua kuih yang ada tak tinggalkan walau satu pun untuk anak aku....boleh ye.... dia dengar aku aku cakap.. mama... nak kuih.. nak kuih... berpuluh-puluh kali.. tapi dia buat dek je... tak boleh ke tinggalkan walau sekeping kuih je untuk anak aku.... selfish sungguh.. aku plak dengan dukung Hannah.. pegang Hakimi.. tak tercakap plak nak mintak satu. sampai ke kaunter kami ikut dia.. Hakimi keep on bising nak kuih.. nak kuih.. dia pandang kami pun tidak..
Aku siap perli2 lagi... "Hakimi.. macamana mama nak beli kuih.. ada orang tu pi beli semua kuih... jahat kan tak tinggalkan 1 pun untuk Hakimi". kalau aku ada kuasa ajaib nak je aku sumpah-sumpah dia sakit perut. Tak guna punya jantan tak dak hati perut.

Jenuh gak la aku pujuk Hakimi bawak pi kedai beli apa-apa kat dia....

Malam tu kol 12 tgh malam laki aku balik... sanggup Hakimi ni tunggu....laki aku belikan Dunkin Donuts.. terus je dia makan seketul setengah... pas tu dia mengadu nak kuih.. tapi ada orang habiskan.

Semalam (Sabtu) petang.. laki aku belikan dia kuih... punya selera dia makan...macam orang mengidam pulak. Kalau aku la.... nampak orang lain nak beli jugak.. tak sanggup nak habiskan semua... tambah-tambah budak kecik pulak tu....


3 comments:

MN said...

ish..kesian hakimi...

zarin said...

kesian hakimi...

sungguh kurang sopan mamat tuh. mesti belum ada anak lagi..tu yg tk paham tuh

Crazee Choc's said...

mrs noba,
tu la... isk..iskk..

zarin,
mmg tak senon itu orang!